Saturday, November 30, 2013

Kejayaan Dalam UPSR 2013

Pada 14 November 2013, keputusan UPSR 2103 diumumkan. Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam UPSR. Kepada yang kurang berjaya, tingkatkan usaha untuk memperbaiki pencapaian di sekolah menengah nanti.
7 orang murid yang mendapat 7A
 Pada tahun ini, seramai 7 orang murid telah mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 7A dalam semua mata pelajaran. Murid-murid tersebut ialah M.Vinesh, J.Jayanaveen, Leveneswaran, DivyaDharshini, Harishwaran, AnandaJodhi dan Jochim.


 Murid-murid yang cemerlang ini telah menerima 'buah tangan'  daripada guru-guru dan juga pihak penguasa kantin sekolah.Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua murid yang berjaya, dan tak ketinggalan juga kepada semua guru, khususnya guru-guru Tahun Enam  yang  bertungkus lumus  berusaha memantapkan pencapaian dengan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program. Tahniah juga kepada Puan Guru Besar dan  Guru-guru Penolong Kanan yang  banyak membantu guru-guru serta para pelajar dalam merealisasikan kejayaan ini.

Hadiah daripada Pengusaha Kantin Sekolah SJKT Barathy
Hadiah daripada Guru Besar, Puan S.Amuniyammal
Hadiah daripada Cikgu Che ku Nor Azizah

No comments: