Tuesday, January 22, 2013

Penyerahan Wang Bantuan Khas Persekolahan 1Malaysia

 

 Wang Bantuan Khas Persekolahan 1Malaysia telah diserahkan kepada para waris murid-murid  SJKT Barathy pada jam 12 tengah hari, 22 Januari 2013. Diharapkan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan akan meringankan beban kewangan ibu-bapa ketika memulakan sesi persekolahan 2013 serta digunakan sepenuhnya untuk tujuan pembelajaran anak-anak..



Perbarisan Sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah kali ke-85

 Pada 20 Januari 2013, murid-murid dan guru-guru SJKT Barathy turut sama terlibat dalam perbarisan sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-85. Murid-murid dan guru-guru berkumpul di sepanjang jalan  Lebuhraya Darul Aman sejak jam 7.15 pagi. Terdapat juga para waris  bersama-sama dengan anak-anak mereka hadir untuk turut menyambut Hari Keputeraan Sultan Kedah.

























Monday, January 14, 2013

Perhimpunan Pagi

Cenderamata untuk En.P.Thamil Selvan
 
Ucapan Puan Guru Besar
Ucapan En. P.Thamil Selvan
 
 
Teesha membuat persembahan

Persembahan daripada murid-murid Tahun Dua

Yavina menerima watikah perlantikan sebagai pengawas

Pengawas Sekolah 2013

Pembacaan Ikrar Pengawas

Vinesh , selaku ketua pengawas telah mengetuai pembacaan ikrar pengawas
Persembahan murid Tahun Satu


Friday, January 4, 2013

Gotong-royong


Sebagai persediaan menyambut sesi persekolah 2013,  staff SJKT Barathy telah  turun padang untuk membuat gotong-royong. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengemas dan menghias setiap kelas , bilik guru dan bilik-bilik khas. Gotong-royong di Pusat Sumber Sekolah  juga telah diadakan pada 3 Januari  yang lepas.
      .





Mesyuarat Guru Kali Pertama

Add caption




Mesyuarat Guru Kali Pertama telah diadakan pada 30 Disember 2012.  Pelbagai agenda telah diperbincangkan demi memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran bagi tahun 2013. Banyak maklumat telah disampaikan oleh Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan berkaitan kurikulum, kokurikulum dan guna berkenaan bidang Hal Ehwal Murid.

Syabas dan Tahniah

Dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah baru-baru ini,  SJK(Tamil) Barathy telah mencapai keputusan yang memberangsangkan. Peratus kelulusan telah meningkat kepada 68.9 % iaitu peningkatan sebanyak 17.9 %. Gred Purata Sekolah juga telah meningkat kepada 2.25 dan berjaya melepasi target yang telah ditetapkan.













Dalam keputusan kali ini, seorang murid iaitu Pujalekha telah berjaya mendapat 7A. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Syabas juga kepada semua guru, khususnya guru-guru Tahun Enam yang telah bertungkus lumus membimbing murid-murid sehingga dapat mencapai kejayaan yang cemerlang.