Tuesday, July 27, 2010

Perhimpunan Pagi- Kunjungan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah

Majlis perhimpunan pagi pada minggu ini iaitu pada tanggal 25 Julai telah diserikan dengan kehadiran Tuan Hj. Abdulullah bin Saad, iaitu Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah. Dalam ucapannya, beliau meminta murid-murid supaya lebih berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Banyak juga tips yang diberikan kepada murid-murid demi memajukan diri dalam pelajaran dan seterusnya dalam kehidupan mereka kelak. Tuan Haji Abdulllah juga telah sudi menyampaikan hadiah-hadiah kepada murid-murid yang berjaya mencapai kejayaan dalam beberapa pertandingan, seperti pertandingan futsal lelaki dan perempuan serta hadiah galakan murid membaca ( program NILAM).











Monday, July 26, 2010

Kursus LDP : Kecemerlangan Suatu Realiti



.

Satu Kursus Dalaman yang bertajuk Kecemerlangan Suatu Realiti telah dijalankan pada 12 Julai 2010 khusus untuk guru-guru di Kompleks Pendidikan Negeri Kedah. Ianya berlangsung pada di Pusat Sumber Pelajaran Negeri Kedah. Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Haji Munajat bin Tamrin, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Monday, July 19, 2010

Hari Anugerah Cemerlang 2010







Hari Anugerah Cemerlang SJK(T) Barathy telah berlangsung pada 1 Julai 2010 dengan jayanya. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya dan cuba dan usaha lagi kepada murid-murid yang kurang berjaya.

Saturday, May 29, 2010

Aktivti-aktiviti Pusat Sumber













Pusat Sumber SJK(T) Barathy telah menganjurkan pelbagai aktiviti yang antara lain bertujuan untuk menggalakkan murid-murid menggunakan Pusat Sumber Sekolah sebagai salah satu tempat untuk mendapatkan sumber ilmu. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dianjurkan juga telah banyak membantu dalam memberikan pendedahan kepada murid-murid kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan mata pelajaran yang mereka pelajari dalam pembelajaran harian di kelas.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah pelbagai jenis pentandingan, antaranya Pertandingan melukis muka buku, pertandingan banyak membaca, pertandingan menghafal dan mendeklamasikan sajak (dengan kerjasama Panitia Bahasa Tamil, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan Pertandingan membina kad ucapan bersempena Sambutan Hari Guru baru-baru ini.
Pusat Sumber sekolah yang diuruskan oleh Puan Kalaivani ini kerap mengadakan pameran-pameran . Antaranya adalah pameran buku-buku baharu. Melalui pameran seperti ini, murid-murid diperlihatkan mengenai buku-buku baharu yang ada di Pusat Sumber Sekolah yang sekali gus mampu menarik minat murid-murid untuk meminjam dan membaca buku-buku ini.

Wednesday, May 26, 2010

SENAM SENI - PROGRAM KECERGASAN





















Pada 26 Mei 2010, bertempat di Dewan Besar Al-Farabi, JPN Kedah dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Kedah telah mengelolakan Program Kecergasan untuk pegawai-pegawai/ staf Jabatan Pelajaran dan Bahagian Teknologi Pendidikan serta guru-guru dari 6 buah sekolah dalam Kompleks Pendidikan. SJK (T) Barathy turut mengambil bahagian, di mana 10 orang guru termasuk Tuan Guru Besar bersama-sama menyertai program ini.

Wednesday, May 19, 2010

PROGRAM GALUS

Program GALUS Bahasa Malaysia merupakan satu program yang dirangka bagi membantu murid-murid yang masih berada di tahap lemah untuk lulus dalam peperiksaan Bahasa Malaysia. Hasil daripada pemaufakatan antara sekolah-sekolah di Kompleks Pendidikan iaitu SJK(T) Barathy, SK Hj Mohamad Sharif dan SK Tunku Abdul Halim maka, pada 17 Mei 2010 yang lalu satu Program GALUS Bahasa Malaysia telah diadakan.
Program ini telah dilaksanakan bertempat di Bilik Melati, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah. Ia dijalankan selama 2 jam iaitu dari jam 2:00 petang hingga 4:00 petang. Seramai 66 orang murid dari ketiga-tiga buah sekolah telah hadir. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Khadri binti Abdullah, guru Bahasa Malaysia SK Tuanku Abdul Halim. Dalam siri ceramah ini, murid-murid telah didedahkan kepada aspek penggunaan perkataan dan tatabahasa.

SJK(T) telah menghantar seramai 22 orang murid untuk mengikuti ceramah ini. Senarai murid tersebut adalah seperti berikut;
1.Moganlal a/l Manikam
2. Nagulan a/l Baloo
3. Ragavan a/l Lavan
4. Banishini a/p Kusalan
5. Logeswari a/p Viknees baran
6. Mogana Priya a/p Balan
7. Nanthini a/p Raveendran
8. Sindhu Bairavi a/p Anandam
9. Tivyambigai a/p Santhra Segaran
10.Vikneswaran a/l Rajagopal
11. Asairithan a/l Ganesan
12. Bossganabathi a/l Vellow
13. John Nelson Raj a/l Johnson
14. Khartik a/l Pusadorai
15. Paramasivam a/l Mogan
16. Sathiya Seelan a/l Khatigesu
17. Thiru Arul a/l Elanggoh
18. Jagatheswary a/p Ravee
19. Renuga Devi a/p Thigarajan
20. Shalini a/p Johnson.
21. Priadasni a/p Paramasivam
22.Thivapiriya a/p Valera.


Thursday, May 6, 2010

Latihan Kawad Kaki


Latihan untuk pertandingan kawad kaki diadakan diperkarangan sekolah. Terima kasih kepada ahli jawatankuasa PIBG SJKT Barathy yang menyumbangkan tenaga melatih murid-murid untuk pertandingan kawad kaki.

© 2008 Por *Templates para Você*