Monday, February 28, 2011

PRA UJIAN PROTIM TAHUN EMPAT DAN LIMA


Pada minggu ini juga berlangsung Pra Ujian bagi murid-murid PROTIM. Pra Ujian ini merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Murid-murid yang terlibat adalah murid Tahun Empat dan Tahun Lima. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, seramai 14 orang murid Tahun Empat telah dipilih untuk menjalani ujian ini manakala bagi murid tahun lima adalah seramai 10 orang.

Wednesday, February 23, 2011

Minggu Ujian Siri Satu

Pada minggu ini dijalankan Ujian Siri Satu. Ujian Siri Satu yang melibatkan semua murid kecuali murid Tahun ini dilaksanakan selama 3 hari iaitu dari hari Selasa hingga Khamis.Add Image









Thursday, February 17, 2011

Perpindahan Guru

Encik Elanggo (berkemeja putih) bersama-sama guru-guru SJK(T) Barathy semasa sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran JPN Kedah.


SJK(T) Barathy sekali lagi kehilangan seorang guru. Berkuatkuasa awal Februari yang lalu Guru Penolong Kanan Kurikulum, Encik Elanggo telah berpindah ke sekolah baharu. Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar di SJK(T) Padang Lembu, Gurun. Sesungguhnya kami di SJK(T) Barathy begitu merasa kehilangan seorang guru yang sungguh berdedikasi dan kaya dengan budi bahasa. Semoga kecemerlangan beliau akan diteruskan di sekolah baharu. Kami di SJK(T) akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Cikgu Elanggo.

Pogram Pemantapan Penguasaan Bahasa Inggeris

Madam Brentia Vd Merwe bersama Puan Hemarani

Bagi memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris di negara ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil beberapa langkah. Antaranya dengan pengambilan guru bersara dan guru dari luar negara. Guru-guru ini yang akan ditempatkan di sekolah-sekolah yang terpilih . SJK(T) juga telah mendapat khidmat seorang guru dari luar negara bagi membantu guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah ini. Guru berkenaan ialah Madam Brentia Vd Merwe dari Afrika Selatan.

Wednesday, February 9, 2011

Latihan Sukan Tahun 2011




Latihan sukan bagi tahun 2011 telah dijalankan sejak bulan Januari yang lalu. Latihan bermula pada jam 4:00 petang hingga jam 6:00 petang.

Tuesday, February 1, 2011

Latihan Kebakaran

Satu latihan kebakaran kali pertama pada sesi persekolahan 2011 telah dijalankan pada 31 Januari , jam 11.3 pagi.
Antara objektif latihan kebakaran ini adalah :
1. Murid menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran.
2. Murid dapat sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan kebakaran.
3. Murid dapat mengikuti laluan yang betul untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran.