Monday, November 11, 2013

Ceramah dan Pameran Kesihatan dan Persekitaran

Satu Ceramah  dan Pameran Kesihatan dan Persekitaran telah diadakan di SJKT Barathy. Ceramah tersebut disampaikan oleh Encik Ridhuan bin Abdul Manaf, Pegawai di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Majlis Bandaraya Alor Setar.



 Sesi ceramah ini berlangsung pada jam 10.00 pagi di dewan SJKT Barathy. Dalam ceramah ini, murid-murid telah didedahkan tentang kepentingan menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal serta persekitaran. Murid-murid juga diberitahu mengenai bahaya nya nyamuk Aedis, tikus, lipas dan lalat serta bagaimana cara untuk mengawal daripada pembiayakannya.








 Murid-murid telah diedarkan dengan risalah-risalah mengenai cara-cara mencegah penyakit-penyakit pembawaan nyamuk, tikus, lipas dan lalat. Selain itu, murid-murid juga berkesempatan melihat pameran yang diadakan termasuklah melihat peralatan menyembut asap untuk membunuh nyamuk, dan replika nyamuk.






No comments: