Wednesday, December 31, 2014

Pendaftaran murid-murid Tahun Satu telah diadakan pada 31 Disember 2014. Seramai 36 orang murid Tahun Satu telah mendaftarkan diri untuk sesi persekolahan Tahun 2015 nanti.

Thursday, November 13, 2014

Tahniah! Juara Pertandingan Penghasilan Dashboard Bengkel VLE

Sempena Karnival Pembestrian dan Teknologi Pendidikan anjuran BTPN Kedah,  satu Pertandingan Penghasilan Dashboard  Bengkel VLE telah dijalankan. Pertandingan yang dijalankan pada 13 November di Makmal SMK Darulaman  ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Dalam pertandingan ini, para pelajar SJKT Barathy yang terdiri daripada 8 orang pelajar telah berjaya mendapat tempat pertama. Para pelajar ini telah mendapat bimbingan daripada  Cikgu Encik Gopinathan yang  juga merupakan Admin VLE Sjkt Barathy. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid dan guru yang terlibat.

Piala kemenangan

Barisan pelajar yang terlibat dalam pertandingan penghasilan dashboard VLE.

Cikgu Gopinathan yang juga merupakan admin VLE Sjkt Barathy menerima piala kemenangan.
Sebelum pertandingan, murid-murid mendengar taklimat daripada pihak urus setia.



Tuesday, November 11, 2014

Karnival Pembestarian dan Teknologi Pendidikan

Bertempat di BTPN Kedah, telah berlangsung Karnival Pembestarian dan Teknologi Pendidikan. Karnival ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 11November hingga 12 November 2014. Pelbagai acara dan pameran telah berlangsung. Murid-murid SJKT Barathy turut dibawa untuk melawat gerai-gerai pameran dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sana.

Majlis Perasmian Karnival Pembeestarian dan Teknologi Pendidikan

 Siva Vimalan menunjukkan dashboard VLE nya melalui komputer yang disediakan di kiosk VLE.
Murid-murid  cuba aktiviti menaiki kereta kuda yang turut disertakan di tapak Karnival.
Guru Besar, Puan S.Amuniyammal turut mengunjungi gerai-gerai pameran.
Antara yang menang hadiah cabutan bertuah.

Isi borang cabutan bertuah.


Lawatan ke Pulau Pinang

Pada 11 November 2014, satu program lawatan ke Pulau Pinang telah diadakan. Murid-murid yang terlibat dalam lawatan ini terdiri daripada murid-murid Tahap Dua iaitu Tahun Empat, Lima dan Enam. Antara tempat-tempat menarik yang telah dilawati ialah, Bukit Bendera, Taman Rama-rama, Pagoda dan banyak lagi.










Aktiviti Selepas UPSR

 Aktiviti membuat kraf tangan merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan selepas UPSR. Murid-mjurid Tahun Enam telah diajar membuat kraf yang mempunyai kemahiran asasnya  menenun.
 Alatan yang diperlukan ialah benang bulu kambing dan lidi. Dengan menggunakan teknik seperti kemahiran tenunan, murid-murid telah menghasilkan  hasilan yang sangat menarik.
 Sebagai menghargai hasil kerja murid, hadiah yang berupa hamper dan hadiah-hadiah lain telah diberikan kepada pemenang.


Saturday, November 8, 2014

Kejohanan Karate-Do

Kelab Karate-do SJKT Barathy telah menyertai Kejohanan Karate-do terbuka Daerah Kuala Muda kali ke-6. Kejohanan ini diadakan di Amanjaya Mall pada 8 November 2014. Syabas kepada semua  ahli kelab yang telah menyertainya.




Wednesday, October 15, 2014

Program Sinar Pagi

 
PROGRAM SINAR PAGI

Program Sinar Pagi dijalankan pada 12 Oktober 2014. YDP PIBG Encik Thiru Chandru telah merasmikan program ini. Aktiviti ini bermula pada jam 7.45 pagi. Antara pengisian Program Sinar Pagi ini ialah ucapan alu-aluan oleh PK Pentadbiran Puan R.Sasik Kalah, Ucapan perasmian oleh YDP PIBG Encik Thiru Chandru, persembahan murid dan penyampaian hadiah kepada murid-murid dan guru-guru yang sentiasa awal datang ke sekolah.

MATLAMAT
Ø  Satu pendekatan berkesan untuk membendung masalah social murid dan menangani gejala ponteng sekolah.
Ø  Melahirkan individu yang baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah laku.

RASIONAL
Ø  Mengamalkan dan membudayakan sikap kasih sayang terhadap sekolah.

JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT                         :   Pn. S.Amuniyammal       (Guru Besar)
PENGERUSI                         :   Pn. S.Sasik Kalah          (PK Pentadbiran)
TIM.PENGERUSI                 :   Pn. C.Vasugi                   (PK HEM)
                                                  En. R.Ramachandran  (PK KK)
SETIAUSAHA                       :   Pn. P.Kaviyaraci
PEN. SETIAUSAHA             :   En. S.Gopinathan
BENDAHARI                        :   Pn. M.Ananda Kitha

JAWATANKUASA  KERJA
Pengerusi Majlis               :   En. K.Kathiravan
Doa & Siaran Waris          :   Pn.K.Thamayanthi
Buku Program                   :   Pn. V.Selvi
                                             Cik. S.Suryakala
                                             Pn. M.Saraspathi
Hadiah & Cenderamata      :   Pn.A.Sagaya Mary
                                              Pn.R.Saralah
                                              Pn. M.Valliamah
                                              Pn. L.K.Hema Rani
Dokumentasi                     :     Pn.Che ku Nor Azizah bt Che ku Hassan
Penyediaan Tempat           :      En.S.Gopinathan
                                               Pn.M.Kalaivani
                                               Pn.D.Jaya
                                               Pn.M.Ananda Kita










Sunday, September 28, 2014

Persembahan Murid

 S.Kirtana sedang menyampaikan lagu tema Hari Kebangsaan " Di sini Lahir  Sebuah Cinta'


Thursday, September 4, 2014

Program Kecemerlangan UPSR di bawah Program Transformasi Pendidikan Daerah (DTP)

Program Kecemerlangan UPSR Sekolah-sekolah Rendah Kompleks Pendidikan di bawah Program Transformasi Pendidikan Daerah (DTP) telah diadakan pada 27 Ogos 2014 bertempat  di SK HJ Mohd Shariff.

Program ini melibatkan empat buah sekolah dalam Kompleks Pendidikan iaitu SK Hj Mohd Shariff, SK tunku Abdul Halim, SJK(T) Barathy dan SJK(C) Keat Hwa S.  Melalui program pada pagi ini, penglibatan dan sentuhan Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah dengan calon-calon  UPSR 2014 Pemaufakatan Kompleks akan menjadi dorongan dan galakan yang boleh melonjakkan kecemerlangan yang diimpikan.


Antara objektif program ini adalah :
1.  dapat memberi motivasi diri secara luaran dan dalam kepada murid-murid.
2. meningkatkan keyakinan diri sebelum dan semasa menghadapi peperiksaan UPSR sebenar.
3. meningkatkan dan mengekalkan kualiti prestasi calon-calon UPSR.

Tuan Pengarah sedang menyampaikan ucapan



33 orang murid SJK(T) Barathy terlibat dalam program ini. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tengah hari. Tuan Pengarah JPN Kedah  Yang Berbahagia Datin Hajah Azuyah Hassan  telah menyampaikan ucap utama Transformasi Minda ke Arah Kecermalangan.


Guru-guru Tahun Enam bergambar bersama Tuan Pengarah