Saturday, December 28, 2013

Bergotong-royong

Pada 28 Desember 2013,  satu gotong-royong  membersihkan kawasan sekolah telah diadakan. Memandangkan bangunan sekolah yang baru sahaja siap dengan kerja-kerja penambaikan maka memang banyak lah kerja-kerja yang perlu dibuat. Antaranya membersihkan seluruh kelas dan kawasan sekeliling sekolah. Perabot-perabot serta kerusi meja di dalam kelas juga harus disusun dan  dibersihkan sebelum memulakan memulakan sesi persekolahan tahun 2014.





  Pihak sekolah telah mendapat kerjasama yang amat baik daripada PIBG sekolah. Di mana, guru-guru dan para waris berganding bahu bergotong -royong membersihkan kelas-kelas dan bangunan sekolah yang lain sebagai persiapan sesi persekolahan 2014. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semangat kerjasama seperti ini sememangnya sangat-sangat diperlukan . Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih  kepada semua pihak yang turut membantu.




No comments: