Wednesday, February 13, 2013

Sambut Hari Jadi Guru di sekolah...

Salah satu aktiviti yang  dijalankan oleh Kelab Guru SJKT Barathy dalam mengharmonikan hubungan sesama guru adalah dengan mengadakan sambutan hari lahir untuk guru-guru.  Pada hari ini,  empat orang guru telah diraikan dalam satu majlis yang ringkas tetapi  penuh bermakna. Acara memotong kek hari  jadi bagi keempat-empat guru berkenaan iaitu Puan Amuniyammal, Puan Ananda Kitha, Puan Valliamah dan Puan Kalaivani telah diadakan selepas tamat waktu persekolahan hari ini. Selamat Hari Lahir!













LDP : Kursus Pengurusan Fail Panitia

Satu Kursus Pengurusan Fail Panitia telah dijalankan di Makmal Komputer SJKT Barathy pada 7 Februari yang lalu. Kursus ini antara lain bagi memantapkan pengetahuan guru-guru dalam hal menguruskan fail panitia masing-masing. Kursus Pengurusan Fail Panitia ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Rosli bin Hj.Omar, Penyelia Kanan Sains, Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.






Jom Berteater!

Pada tahun ini, SJK(T) Barathy akan turut sama mengambil bahagian dalam Pertandingan Teater Bahasa Malaysia bagi sekolah-sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan. Pertandingan Teater ini adalah anjuran Fenomena Seni Pentas dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia) serta Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertandingan bagi peringkat negeri akan dijalankan  pada 29 Mac 2013 bertempat di Kompleks Budaya Negeri Kedah. Kumpulan teater SJKT Barathy yang terdiri daripada 9 orang murid dilatih oleh guru sekolah ini sendiri iaitu Cikgu Kathiravan dan Cikgu Che ku Nor Azizah.




















Aktiviti Kokurikulum Bermula

Aktiviti kokurikulum di SJK(T) sudah bermula!
Kali ni, beberapa kelab baru ditubuhkan. Antaranya kelab invotif dan kreatif serta kelab seni dan kebudayaan. Manakala dalam aktiviti permainannya pula termasuklah permainan bola jaring, hoki dan bola sepak. Seronok  murid-murid apabila  dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum terutama aktiviti di padang.
Aksi murid-murid di padang
Seronok nya bila dapat bermain hoki di padang!
Kelab  Permainan Hoki
Sedia untuk latihan kawad
Pemilihan ahli jawatankuasa
Ini dia AJK TKRS yang baru
 

Friday, February 8, 2013

CAKNA BACA

 Antara program yang dirancang untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid adalah dengan melaksanakan Program Cakna Baca. Program ini dijalankan pada waktu pagi iaitu pada jam 7.30 pagi hingga 7.45 pagi. Semua murid akan membaca bahan bacaan yang telah disediakan oleh guru pada setiap pagi sebelum bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.






Sambutan Pesta Ponggal 1Malaysia



Sambutan Pesta Ponggal 1Malaysia telah diadakan di perkarangan tapak perhimpunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Barathy pada 1 Februari 2013. Pesta Ponggal 1Malaysia ini dianjurkan oleh Pergerakan Wanita MIC dengan kerjasama pihak sekolah.

Matlamat utama Pesta Ponggal 1Malaysia ini adalah untuk memupuk semangat perpaduan dan saling hormati-menghormati antara kaum . Di samping itu juga, aktiviti seperti ini  akan mampu mewujudkan semangat berpasukan,bertoleransi serta keprihatinan  dalam kalangan rakyat  yang  berbagai-bagai kaum bagi memastikan kesejahteraan dan kerukunan hidup terus terjalin.
             
Sambutan Pesta Ponggal 1Malaysia ini sangat meriah.  Pelbagai kaum turut mengambil bahagian dalam pesta ini.  Sebanyak 70 buah dapur telah disediakan oleh penganjur bagi tujuan memasak nasi Ponggal.
            
 Pesta  Ponggal 1Malaysia  kali ini telah dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung. Dalam ucapan tersebut, beliau menyeru semua  yang hadir agar dapat terus menzahir  dan mengekalkan semangat perpaduan antara rakyat Malaysia tanpa mengira kaum .  Menurut beliau lagi, pihak kerajaan sentiasa mementingkan pemupukan semangat perpaduan ini demi kelangsungan kesejahteraan yang sedang kita kecapi  hingga ke hari ini. Turut hadir pada hari tersebut  adalah  ADUN Kawasan Derga YB Dr. Cheah Soon Hai  dan Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.


 Hadiah-hadiah sagu hati turut disediakan oleh pihak pengajur untuk semua yang mengambil bahagian dalam memasak acara memasak nasi Ponggal. Di samping itu juga, hadiah-hadiah berupa hamper bagi acara cabutan bertuah   telah  turut disediakan . Puan Guru Besar SJK(T) Barathy, Puan S.Amuniyammal dan para VIP yang lain telah menyampaikan hadiah-hadiah tersebut kepada peserta dan pemenang cabutan bertuah.
            Pesta Ponggal 1Malaysia tamat pada jam 6.30 petang. Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian dan memberikan kerjasama  dalam menjayakan program ini. Semoga program yang mampu memupuk semangat kerjasama dan kesepaduan  ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.