Wednesday, December 28, 2011

Pendaftaran Murid Tahun Satu/2012 & Mesyuarat Guru




Mesyuarat Guru kali pertama telah diadakan pada hari ini. Antara agenda yang telah diperbincangkan adalah mengenai pembahagian tugasan guru-guru, jadual mengajar bagi sesi 2011, takwim sekolah dan sebagainya. Mesyuarat pertama ini turut disertai Guru Besar SJKT Barathy yang baharu iaitu Puan S.Amuniyammal. Pada hari ini juga telah dijalankan pendaftaran murid-murid Tahun Satu bagi tahun 2012.

Tuesday, November 29, 2011

Pengagihan Wang Bantuan RM100

Pengagihan wang bantuan daripada pihak kerajaan Malaysia sebanyak RM100 bagi setiap orang murid telah dilaksanakan pada 17 November 2011. Proses pengagihan yang bermula pada jam 12 tengah hari itu berjalan dengan lancar.











Thursday, November 17, 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011













Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Barathy telah mengadakan Sambutan Hari Anugerah Cemerlang pada 16 November 2011. Majlis berlangsung pada jam 6 petang dan berakhir pada pukul 9.30 malam. Pada malam itu juga dijalankan sambutan persaraan Guru Besar SJKT Barathy, En.M.Arokkiasamy.

Majlis Hari Anugerah Cemerlang ini telah dirasmikan oleh Penyelia Sekolah-sekolah Tamil Negeri Kedah Ramai para waris telah hadir termasuklah jemputan-jemputan khas. Antaranya, Dr Lawrance, En. Gopinathan, Guru Besar SJKT Kangar, Perlis, Encik Elanggo, Guru Besar SJKT Kalaiwani, Gurun dan lain-lain lagi.

Majlis yang gilang gemilang ini diserikan dengan pelbagai acara. Antaranya, persembahan drama, nyanyian dan tarian. Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh jemputan-jemputan khas.

Thursday, November 10, 2011

LDP KSSR Tahun Dua

Pada hari ini, dijalankan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di sekolah. LDP tersebut adalah berkaitan penyebaran KSSR Tahun Dua. Beberapa orang guru yang telah menyertai kursus KSSR Tahun Dua sebelum ini, telah memberikan penerangan kepada semua guru berkaitan kursus-kursus yang telah dihadiri.
Guru-guru begitu tekun mendengar penerangan yang disampaikan..
Puan Che ku Nor Azizah sedang memberi penerangan mengenai KSSR Bahasa Malaysia Tahun Dua kepada guru-guru.

Penerangan mengenaiKSSR Bahasa Inggeris diberikan oleh Puan Hemarani.

Puan Shamini menyampaikan maklumat mengenai KSSR Bahasa Tamil.
Maklumat mengenai KSSR PJ dan PJK disampaikan oleh Puan Jaya.
Puan M.Ananda Kitha memberikan penerangan mengenai KSSR Bahasa Inggeris.

Wednesday, November 2, 2011

PERSARAAN TUAN GURU BESAR, EN.M.AROKKIASAMY

Pada 1 November 2011 , telah diadakan majlis persaraan Tuan Guru Besar SJKT Barathy, Encik M.Arokkiasamy. Majlis tersebut turut disertai guru-guru, tetamu-tetamu jemputan ,staf sokongan dan para pekerja.



Penolong-penolong Kanan SK Tunku Abdul Halim dan SK Hj Mohd Sharif turut hadir menyampaikan cenderamata kepada Encik M.Arokkiasamy.


Encik Elenggo turut sama hadir untuk meraikan persaraan Guru Besar, En.M.Arokkiasamy.

Kalungan malai untuk Guru Besar, Encik M.Arokkiasamy.


Cenderamata daripada Kelab Guru


PK Kurikulum, Pn Sasik Kalah menyampaikan ucapan.


Menikmati jamuan


Staf-staf yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran En.M.Arokkiasamy dan telah bertukar ke sekolah lain turut diundang hadir meraikan hari persaraan Guru Besar.


Guru Besar, Encik M.Arokkiasamy sempat menemui murid-murid di kelas
sambil memberikan nasihat sebelum meninggalkan sekolah.

Wednesday, October 26, 2011

Selamat Menyambut Hari Deepavali

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada warga sekolah SJKT Barathy, khususnya kepada semua guru dan murid yang beragama Hindu. Hari Deepavali atau pesta cahaya ini adalah sambutan tanda kemenangan kuasa baik yang mengatasi kuasa kejahatan bagi penganut agama Hindu. Semoga 'cahaya' pada tahun ini akan membawa satu sinar kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua.

Thursday, October 6, 2011

Science Fair School Lever

Science Fair School Level telah diadakan di SJKT Barathy pada 4 Oktober 2011. Pertandingan ini pada jam 2 petang hingga 5 petang bertempat di dewan SJKT Barathy. Pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia Sains SJKT Barathy ini antara lain bertujuan untuk memberi peluang kepada semua pelajar bagi mengambil bahagian dalam pertandingan Sains ini. Melalui aktiviti seperti ini, minat murid terhadap bidang Sains akan dapat dipertingkatkan selain mampu memberi lebih banyak pendedahan kepada murid mengenai Sains.


Aktiviti ini telah berlangsung dengan jayanya. Murid-murid begitu berminat dan telah menunjukkan kesungguhan dalam menjayakan aktiviti ini. Kumpulan-kumpulan yang berjaya telah diberikan hadiah.Hadiah-hadiah telah disampaikann oleh Guru Besar SJKT Barathy.

Saturday, September 24, 2011

Latihan Sukan 2011






Sukan Tahunan SJK(T) Barathy akan dilangsungkan pada 26 September 2011. Murid-murid telah menjalani latihan sukan sejak bulan Januari lagi. Sehari sebelumnya, iaitu pada 25 September akan diadakan sukantara.

Wednesday, September 14, 2011

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH







Selamat menjalani UPSR kepada semua murid Tahun Enam SJKT Barathy. Semua guru, para waris dan seluruh warga sekolah sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya




Hari ni diadakan majlis ringkas tetapi penuh bermakna, iaitu majlis ringkas sambutan pra hari raya untuk warga SJKT Barathy yang beragama Islam. Kelab Guru SJKT Barathy yang begitu prihatin telah sudi menyediakan hamper-hamper kepada guru, semua staff sokongan , para pekerja swasta dan murid-murid yang beragama Islam. Murid-murid yang beragama Islam turut menerima duit raya. Syabas kepada semua ahli Kelab Guru SJKT Barathy di atas keprihatinan dan kecaknaan semua.
.
En. Balendran menyerahkan hamper kepada Puan Che ku Nor Azizah

Cik Era, Juruteknik ICT sekolah menerima hamper daripada Guru HEM SJKT Barathy

Mas, kerani sekolah turut menerima hamper daripada En. Balendran




Monday, August 22, 2011

Program Ihya Ramadhan

Pada hari ini, bersempena dengan bulan Ramadhan, Jawatankuasa Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah-sekolah Dalam Kompleks dengan kerjasama Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Kedah telah mengadakan Program Ihya Ramadhan.. Program ini dijalankan di Dewan al-Farabi. Antara pengisian program ini adalah, bacaan Yassin dan Doa Selamat dan penyampaian sumbangan duit raya kepada murid-murid miskin di sekolah-sekolah dalam Kompleks Pendidikan. Dua orang murid SJKT Barathy turut menerima sumbangan duit raya , iaitu Mohammad Abdullah dan Harun.

Wednesday, August 10, 2011

MAJLIS PERSARAAN PUAN G.TANAPAKIAM


Hari ini merupakan hari terakhir perkhidmatan Puan G.Tanapakiam sebagai seorang guru. Kelan Guru SJKT Barathy telah mengadakan satu majlis untuk memperingati jasa-jasa Puan G.Tanapakiam. Majlis Persaraan tersebut telah berlangsung dengan meriahnya.

Berikut adalah biodata Puan G.Tanapakiam:

Dilahirkan pada tanggal 11 Ogos 1953 di sebuah kampung di Perak iaitu Kampung Abdullah, Kampar,Perak. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang ramai di mana adik-beradiknya adalah seramai 10 orang. Ayah beliau bekerja sebagai buruh manakala ibunya tidak bekerja dan hanya menguruskan rumahtangga. Hidup dalam serba kesederhanaan ini telah menjadikan beliau seorang yang tabah dan kuat semangat .

Pada 21 November 1982, beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan insan yang dicintainya. Suami beliau, Encik G.Selladoyan juga merupakan seorang guru. Hasil perkongsian hidup beliau dan suami, beliau telah dikurniakan dua orang cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua orang anak beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat yang membanggakan di mana salah seorang anak beliau kini melanjutkan pelajaran di Russia dalam bidang perubatan.

Puan Tanapakiam mula bertugas sebagai seorang guru pada tahun 1976. Di mana SJK(T) Sg Siput, di Perak merupakan tempat pertama beliau bertugas. Pada tahun 1977, beliau bertukar ke SJK(T) Mambang Di Awan, Kampar, Perak. Setahun kemudian, bertukar ke SJK(T) Ladang Soon Lee, Bagan Serai Perak. Manakala pada tahun 1979, beliau telah bertugas di SJK(T) Ladang Gedung, Bagan Serai dan mengajar di sana selama 4 tahun. Pada tahun 1983, Puan Tanapiam bertukar ke SJKT Barathy iaitu selama 8 tahun. Seterusnya beliau berpindah ke SJKT Ladang Jabi iaitu pada tahun 1991 hingga 1996. Beliau kemudiannya sekali lagi bertukar ke SJKT Barathy iaitu pada tahun 1996 hinggalah pada hari ini 10 Ogos 2011.

Puan Tanapakiam merupakan seorang guru yang berdedikasi dan mempunyai sentiasa bersemangat semasa menjalankan tugas, baik tugasan di bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Beliau seorang yang suka berterus terang, tidak suka berselindung di samping juga merupakan seorang guru yang tegas semasa menjalankan tugasnya sebagai seorang guru. Sungguhpun begitu beliau mempunyai sikap keibuan yang tinggi. Keprihatinannya bukan sahaja terhadap kebajikan murid-murid, malahan juga kepada guru-guru yang sentiasa mesra dan dekat dengan beliau. Kami warga SJKT Barathy sesungguhnya amat terhutang budi kepada Puan Tanapakiam. Budi baik cikgu akan kami kenang selama-lamanya.