Friday, April 27, 2012

Science Fair di SJKT Barathy

Panitia Sains SJK(T) Barathy telah mengadakan program 'Science Fair' pada hari Rabu , 25 April 2012. Selain melibatkan semua murid, program ini turut sama melibatkan para waris. Antara pengisian program ini adalah pameran-pameran hasil kerja murid-murid yang  melibatkan penghasilan ujikaji , pertandingan buku srab . Bagi pada waris pula, diadakan pertandingan  membuat origami secara berkumpulan.

Antara para waris yang berjaya menghasilkan  origami yang menarik

Adik Teesha sedang bersiap sedia dengan bahan-bahan untuk ujikajinya.

YDP PIBG Sjkt Barathy, Encik Thiru Chandru  menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Murid-murid Tahun Enam bersama-sama projek  sains mereka.

Gunung berapi!


Para waris mengambil bahagian dalam pertandingan membuat origami.

Macam ni cara membuat origami ye........Kata Puan Guru Besar..


Antara paras waris yang hadir

Puan Kalaivani menyampaikan hadiah kepada para pemenang


Antara objektif  program ini antara lain nya adalah untuk memupuk minat terhadap Sains dan mengaplikasi pengetahuan dan pemahaman mengenani Sains yang diperolehi melalui alam persekitaran. Program yang bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.40 petang ini turut mendapat sambutan daripada para waris. Ramai waris turut hadir untuk bersama-sama memberi sokongan kepada pihak sekolah yang menganjurkan program seperti ini. Tahniah kepada semua!

Sunday, April 15, 2012

Perhimpunan Pagi Bersama Ketua Pen.Pengarah BTPN Kedah

Perhimpunan pagi SJK(T) Barathy kali ini turut dihadiri oleh Puan Rosnah bt Saad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah. Beliau telah memberi ucapan dan menyampaikan sijil-sijil dan hadiah penghargaan kepada murid-murid. Dalam ucapannya, beliau amat berharap agar murid-murid sentiasa memperkayakan ilmu dengan banyak membaca dan sentiasa celik IT. Beliau juga berharap agar murid-murid diberi peluang untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.



P

Saturday, April 14, 2012

Mesyuarat Agung PIBG SJKT Barathy Kali ke-34

Mesyuarat Agung PIBG SJK(T) Barathy kali ke-34 telah diadakan pada 12 April 2012, pada jam 6.01 petang dan telah dirasmikan oleh YB Dr Cheah Soon Hai.



Thursday, April 12, 2012

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-34

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 akan diadakan pada petang ini (12 April 2012) , jam 6.01 petang. YB.Dr Cheah Soon Hai akan merasmikan mesyuarat pada kali ini.

Monday, April 2, 2012

MENYIAPKAN GELANGGANG SERBA GUNA

Encik Thiru Chandru (YDP PIBG) turun padang membantu para pekerja untuk menurap simen bagi menyiapkan gelanggang serba guru SJKT Barathy.
Kerja-kerja menyiapkan gelangang serba guna SJKT Barathy sedang giat dijalankan. Warga SJKT Barathy mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesungguhan yang ditunjukkan oleh YDP PIBG, Encik Thiru Chandru, AJK PIBG dan mereka yang terlibat dalam merealisasikan impian warga SJKT Barathy untuk memiliki sebuah gelanggang serba guna ini.

Sunday, April 1, 2012

Amalan Guru Penyayang

Meraikan hari jadi murid. Cikgu Che ku menyuapkan kek hari jadi kepada Yavina.

Di sekolah, guru bukan hanya bertugas untuk mengajar, malahan yang paling penting adalah mendidik anak-anak murid untuk menjadi insan yang berguna serta bersahsiah mulia. Guru juga merupakan 'ibu dan bapa' murid-murid di sekolah. Segenap perkara berkaitan dengan murid, guru akan ambil cakna atau ambil berat, termasuklah mengenai aspek menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Anak-anak didik akan sentiasa diajar dan dinasihati supaya menjaga kebersihan diri demi memastikan kesihatan mereka sentiasa terjaga.

Cikgu Karthiresan dan Cikgu Ananda sedang memeriksa kebersihan kuku murid-murid.

Peserta Perkhemahan TKRS Peringkat Kebangsaan di Sarawak


Pada 28 - 29 Mac telah diadakan perkhemahan TKRS di Kem Nur Hijrah Batu Hampar, Yan Kedah, bagi memilih peserta yang akan mewakili TKSR Kedah ke perkhemahan TKRS peringkat kebangsaan di negeri Sarawak. Dua orang murid dari SJKT Barathy antara yang terpilih untuk menyertai perkhemahan peringkat kebangsaan ini. Tahniah diucapkan kepada adik Navindran dan Karisma. Diharapkan kejayaan ini akan memberi dorongan kepada murid-murid lain untuk lebih aktif dalam aktiviti unit beruniform.