Sunday, June 14, 2015

Aktiviti Masa Cuti

Sepanjang cuti penggal pertama, SJKT Barathy telah mengadakan bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan kepada murid-murid Tahun Enam yang bakal menduduki UPSR nanti. Program ini melibatkan semua subjek yang diuji dalam UPSR iaitu Bahasa Melayu , Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Penceramah-penceramah dari luar telah dijemput untuk menyampaikan ceramah.

Selain ceramah bengkel teknik menjawab soalan, sepanjang cuti penggal ini turut dijalankan kelas tambahan. Kelas-kelas tambahan yang dijalankan melibatkan kelas tahun dua hingga tahun enam. Bagi kelas tahun 2 hingga 5, kelas tambahan yang dijalankan adalah khusus bagi murid-murid lemah yang kurang menguasai kemahiran membaca,menulis dan mengira.

Wednesday, May 27, 2015

Acara Merentas Desa 2015

.Acara merentas desa SJKT  Barathy  telah dijalankan pada hari Khamis 27 Mei 2015.Semua murid , dari Tahun Satu hingga Tahun Enam terlibat dalam acara ini.  Sebelum larian bermula, semua murid bersenamrobik bersama-sama sebagai aktiviti memanaskan badan.
Murid bersenamrobik sebagai aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan larian.

Guru Besar , Encik S.Elanggo dan Encik Muthu, wakil YDP PIBG telah melepaskan para peserta larian. Acara larian merentas desa ini turut melibatkan para waris, di mana para waris turut terlibat sebagai pegawai check point. Hadiah-hadiah yang berupa medal telah disampaikan kepada para pemenang sejurus selesai semua acara larian. Tahniah kepada semua  pemenang dan syabas juga kepada semua yang telah mengambil bahagian.

Para waris turut mengambil bahagian sebagai pegawai check point.

En.Muthu dan Tuan guru besar, En.S.Elanggo bersedia untuk melepaskan para peserta.

Para peserta memulakan larian.



Antara waris yang menyumbang tenaga dalam menjayakan larian Merentas Desa kali ini.



    
Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.
 







Sunday, March 22, 2015

Aktiviti Sempena Bulan Antidadah 2015

Sempena dengan Bulan Antidadah Peringkat Sekolah, satu persembahan drama  pendek telah diadakan semasa perhimpunan pagi. Persembahan tersebut telah dijayakan oleh murid-murid Tahun Lima dan Enam. Persembahan berkisar kepada monolog antara rokok, jarum pencucuk dan penagih dadah mengenai kemusnahan dan kerosakkan fizikal dan mental akibat penyalahgunaan dadah.




Latihan Dalam Perkhidmatan : Celik KBAT dan Penulisan Item KBAT

Satu Latihan Dalam Perkhidmatan  yang bertajuk Celik KBAT dan Pembinaan Item KBAT telah dijalankan di sekolah. LDP  tersebut telah dilaksanakan pada hari Rabu 18 Mac 2015. Puan Che ku Nor Azizah telah menyampaikan LDP mengenai KBAT secara umum dan juga berkenaan penulisan utem KBAT.



Guru-guru telah diberi penerangan yang jelas mengenai cara-cara menulis item KBAT.




Sunday, February 15, 2015

Pelancaran Program Waves of English

Hari ini telah dijalankan Pelancaran Program 'Waves of English'. Program ini antara lain bermatlamat untuk menggalakkan murid-murid berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris .Selain itu, diharapkan dengan aktiviti-aktiviti seperti ini, akan dapat meningkatkan penguasaan dan prestasi Bahasa Inggeris dalam ujian dan peperiksaan.





Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena pelancaran program ini ialah aktiviti bercerita, nyanyian, dan sebagainya.

Saturday, January 31, 2015

Sambutan Ponggal di Sekolah

Pada 31 Januari 2015, telah diadakan sambutan hari Ponggal peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang hari ini. Antaranya acara memasak nasi Ponggal dan pertandingan melukis dan mewarna.






Thursday, January 22, 2015

Bengkel KBAT

Bengkel KBAT (Kemahiran Berfikir Aras TInggi Dalam PdP)  telah diadakan di sekolah pada hari Khamis 22 Januari 2015 Kursus ini telah disampaikan oleh  Puan Hajar binti Lat, (School Improvement Partner). 

Dalam bengkel ini, guru-guru telah diberi pencerahan mengenai kaedah-kaedah yang boleh digunakan melalui pendekatan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi serta cabaran-cabaran dalam KBAT. Guru-guru juga diberi tunjuk cara membuat peta pemikiran menggunakan I-Think. Guru-guru seterusnya telah membuat contoh-contoh latihan dan aktiviti menggunakan 8 peta pemikiran dalam I-Think.