Thursday, November 19, 2009

PROGRAM SATU MALAYSIA

Baru-baru Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dengan kerjasama beberapa pihak termasuklah sekolah-sekolah sekitar Kompleks Pendidikan telah mengadakan Karnival Kesukanan Permainan dan kebudayaan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan. Program ini antara lain bermatlamat menyemai benih perpaduan antara kaum di peringkat sekolah lagi di kalangan murid-murid.

Sekolah-sekolah di sekitar Kompleks Pendidikan yang terlibat dalam program ini termasuklah SK. Hj.Mohd. Shariff, SK Tunku Abdul Halim, SJK(T) Barathy dan SJK(C) Kee Chee. 4 buah sekolah yang mempunyai latar belakang budaya dan bahasa yang berbeza bergabung bekerjasama menjayakan program Satu Malaysia ini.

Pelbagai acara yang melibatkan kesemua sekolah ini telah diadakan. Antaranya permainan tradisonal orang-orang India, Cina dan Melayu dan pertunjukkan pentas seperti tarian, koir dan deklamasi sajak. Murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada pelbagai kaum.

Program ini amat menarik dan sangat memberikan kesan kepada murid-murid. Mudahan program ini akan diteruskan pada masa- masa akan datang.














Monday, November 2, 2009

Aktiviti Minggu ini

Pada minggu ini juga, pelbagai aktiviti dijalankan di sekolah. Antaranya ialah PascaUjian PROTIM untuk murid-murid tahun Enam, Ujian Pelepasan 2 untuk murid-murid KIA2M, Ujian Lisan dan Bacaan dan Ujian SEGAK.

Thursday, October 29, 2009

MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Peperiksaan Penggal Kedua telah berlangsung dari 26 Oktober hingga 3 November. Selamat menjalani peperiksaan kepada semua murid. Semoga lebih tekun dan lebih berjaya.

Sunday, October 25, 2009

SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH

Pagi tadi berlangsung sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sekolah. Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan. Pelbagai acara telah diadakan pada perhimpunan khas ini. Antaranya ialah syarahan, berpantun dan mendeklamasikan sajak.


Ucapan Ketua Panitia Bahasa Melayu
Puan Che ku Nor Azizah















Ucapan Tuan Guru Besar, Encik M.Arokkiasamy

Berpantun


Kulalarasi, murid Tahun 3 Valluvar sedang
mendeklamasikan sajak.

Sunday, October 11, 2009

SEJARAH SJKT BARATHY

1937 - 1942Tahun 1937 menjadi detik permulaan sejarah sekolah ini. Pada tahun 1938 dan 1983, Hindu saba, Alor Star dan Gereja Katholik di Jalan Langgar telah mengadakan kelas-kelas Bahasa Tamil secara berasingan
1942 - 19461942 sekolah ini ditutup kedatangan orang-orang Jepun, yang diikuti dengan Perang Dunia Kedua. Sekolah ini dipulihkan dengan nama Sekolah SEAN di mana Bahasa Jepun dan Bahasa Tamil digabung-jalin.

1946 - 1949Sekolah ini ditutup sekali lagi di atas kehadiran orang-orang Inggeris. Ia dibuka semula pada bulan Ogos 1949. Pada mulanya kelas-kelas Bahasa Tamil dijalankan di Asrama Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star.Kemudian ia dipindahkan ke Asrama Rumah Kebajikan di belakang Bangunan Persatuan India.
1949 - 11/7/1971
Pada tahun 1950 setelah Sekolah Kebangsaan di Jalan Putera dipindahkan ke Kanchut, Bangunan kosong ini dijadikan Sekolah Tamil Publik. Jumlah murid lebih kurang 150 . Mulai tahun 1950 Bahasa Kebangsaan diajar untuk murid-murid darjah 4,5 dan 6 pada waktu petang sebagai kelas tambahan. Pengajaran Bahasa Inggeris mula diajar dari bulan April 1951.
12/7/1971 - 1972Mulai tarikh 12/7/1972 bangunan baru di Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium dengan nama Sekolah Tamil Publik.Mula memainkan peranannya mendidik seramai 350 orang murid.
12/12/1987
Mulai tarikh 12/12/1987 nama SRJK (T) Publik ditukar menjadi SJK(T) Barathy yang berkekalan sehingga kini.