Wednesday, November 13, 2013

Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2013

Hari Anugerah Cemerlang merupakan salah satu daripada acara tahunan sekolah.
Sekolah amat mementingkan kecemerlangan murid dari segi akademik dan bukan akademik. Oleh itu, segala kecemerlangan yang dicapai wajar diberi pengiktirafan oleh pihak sekolah. Hari Anugerah Cemerlang yang diadakan pada setiap tahun adalah satu medium bagi sekolah meraikan murid-murid yang menunjukkan potensi dan kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan diri. Adalah menjadi harapan pengiktirafan ini dapat menjadi motivasi kepada setiap murid untuk mencontohi atau mengulangi kejayaan yang sama atau lebih baik pada tahun berikutnya. 

Pada tahun ini, Hari Anugerah Cemerlang (HAC) telah diadakan pada 13 November 2013 bertempat di dewan sekolah.  Beberapa hari sebelum berlansungnya HAC, guru-guru bertungkus lumus bekerjasama menyiapkan persiapan. Antaranya, termasuk lah membuat latihan untuk persembahan, menguruskan  hadiah , menghias dewan dan pentas serta pelbagai  kerja buat lain. Penglibatan semua guru serta hasil kerjasama semua pihak telah berjaya melancarkan sambutan HAC pada tahun ini.  

Seperti tahun-tahun sudah, sambutan daripada para waris amat menggalakkan. Tahniah kepada semua!
Vinesh dipilih  sebagai Tokoh Murid 2013
Gogulan danVengadesh cemerlang dalam aktiviti unit beruniform TKRS.
Persembahan Tarian daripada murid-murid Tahun 3
Hadiah NILAM
Murid-murid yang berjaya dalam Pertandingan Sains
Cenderamata untuk AJK PIBG
Murid-murid yang terlibat dalam Pertandingan uReka
Gugolan dinobatkan sebagai Tokoh Kukurikulum 2013
Murid-murid yang melakarkan sejarah SJKT Barathy dengan kejayaan mereka dalam Pertandingan Drama Bahasa Malaysia Peringkat Kebangsaan.
Pasukan BolaSepak Sekolah

Pelajar UPSR Tahun 2012
Pra Sekolah SJKT Barathy
Drama
Adik Kushiala  yang cemerlang dalam  Pertandingan Syarahan dan Drama




No comments: