Thursday, November 13, 2014

Tahniah! Juara Pertandingan Penghasilan Dashboard Bengkel VLE

Sempena Karnival Pembestrian dan Teknologi Pendidikan anjuran BTPN Kedah,  satu Pertandingan Penghasilan Dashboard  Bengkel VLE telah dijalankan. Pertandingan yang dijalankan pada 13 November di Makmal SMK Darulaman  ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Dalam pertandingan ini, para pelajar SJKT Barathy yang terdiri daripada 8 orang pelajar telah berjaya mendapat tempat pertama. Para pelajar ini telah mendapat bimbingan daripada  Cikgu Encik Gopinathan yang  juga merupakan Admin VLE Sjkt Barathy. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid dan guru yang terlibat.

Piala kemenangan

Barisan pelajar yang terlibat dalam pertandingan penghasilan dashboard VLE.

Cikgu Gopinathan yang juga merupakan admin VLE Sjkt Barathy menerima piala kemenangan.
Sebelum pertandingan, murid-murid mendengar taklimat daripada pihak urus setia.



Tuesday, November 11, 2014

Karnival Pembestarian dan Teknologi Pendidikan

Bertempat di BTPN Kedah, telah berlangsung Karnival Pembestarian dan Teknologi Pendidikan. Karnival ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 11November hingga 12 November 2014. Pelbagai acara dan pameran telah berlangsung. Murid-murid SJKT Barathy turut dibawa untuk melawat gerai-gerai pameran dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sana.

Majlis Perasmian Karnival Pembeestarian dan Teknologi Pendidikan

 Siva Vimalan menunjukkan dashboard VLE nya melalui komputer yang disediakan di kiosk VLE.
Murid-murid  cuba aktiviti menaiki kereta kuda yang turut disertakan di tapak Karnival.
Guru Besar, Puan S.Amuniyammal turut mengunjungi gerai-gerai pameran.
Antara yang menang hadiah cabutan bertuah.

Isi borang cabutan bertuah.


Lawatan ke Pulau Pinang

Pada 11 November 2014, satu program lawatan ke Pulau Pinang telah diadakan. Murid-murid yang terlibat dalam lawatan ini terdiri daripada murid-murid Tahap Dua iaitu Tahun Empat, Lima dan Enam. Antara tempat-tempat menarik yang telah dilawati ialah, Bukit Bendera, Taman Rama-rama, Pagoda dan banyak lagi.










Aktiviti Selepas UPSR

 Aktiviti membuat kraf tangan merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan selepas UPSR. Murid-mjurid Tahun Enam telah diajar membuat kraf yang mempunyai kemahiran asasnya  menenun.
 Alatan yang diperlukan ialah benang bulu kambing dan lidi. Dengan menggunakan teknik seperti kemahiran tenunan, murid-murid telah menghasilkan  hasilan yang sangat menarik.
 Sebagai menghargai hasil kerja murid, hadiah yang berupa hamper dan hadiah-hadiah lain telah diberikan kepada pemenang.


Saturday, November 8, 2014

Kejohanan Karate-Do

Kelab Karate-do SJKT Barathy telah menyertai Kejohanan Karate-do terbuka Daerah Kuala Muda kali ke-6. Kejohanan ini diadakan di Amanjaya Mall pada 8 November 2014. Syabas kepada semua  ahli kelab yang telah menyertainya.