Monday, March 4, 2013

Ceramah Motivasi



Satu ceramah motivasi yang bertajuk Program Peningkatan Kesedaran Kepimpinan Jati Diri dan Penghargaan Kendiri telah diadakan pada 3 Mac 2013 , jam  2.30 pagi  bertempat di Makmal ICT SJKT Barathy.
          Murid-murid yang terlibat dalam program ini adalah semua murid Tahun Lima dan Tahun Enam. Penceramah yang dijemput khas untuk mengendalikan ceramah ini ialah Encik Solaipan.
          Antara objektif diadakan program ini adalah untuk menanam semangat kesedaran dan tanggungjawab  kepada murid agar menjadi murid yang  baik serta berketerampilan . Selain itu, murid-murid akan sedar tentang potensi yang ada pada diri masing-masing dan seterusnya mereka  akan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi.


























        

Pelancaran Bulan Anti Dadah Peringkat Sekolah


Pelancaran Bulan Anti Dadah Peringkat Sekolah telah dijalankan pada 3 Mac 2013 yang lalu.











Pelancaran Program Hari Bahasa

Program Hari Bahasa telah dilancarkan pada 3 Mac 2013 yang lalu di SJKT Barathy. Antara objektif Hari Bahasa adalah bagi memantapkan penguasaan murid-murid dalam ketiga-tiga bahasa iaitu bahasa Tamil, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Melalui aktiviti Hari Bahasa ini, murid-murid dan  juga guru-guru diminta berkomunikasi menggunakan ketiga-tiga bahasa ini. Beberapa ketetapan berikut digariskan bagi memastikan keberkesanan Program Hari Bahasa. Antaranya ialah pada hari Ahad dan Isnin, semua murid dan guru diminta  berkomunikasi dalam bahasa Melayu manakala pada hari Selasa dan Rabu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan  bahasa Tamil pada hari Khamis.







Pelancaran Program Mentor Mentee



Pada 17 Februari 2013, SJKT Barathy  telah  melancarkan   satu program khas untuk murid-murid Tahun Enam iaitu Program Mentor  Mentee. Program tersebut antara lain bertujuan untuk membantu murid-murid Tahun Enam dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

                   Sistem Mentor Mentee merupakan satu bentuk sistem komunikasi dua hala. Pelajar dan penasihat hendaklah berjumpa (apabila perlu) untuk berbincang secara terbuka mengenai apa jua bentuk masalah yang dihadapi terutamanya mengenai mata pelajaran. Seorang mentor diberikan 2 hingga 3 orang mentee. 

                   Matlamat utama diadakan Program Mentor Mentee ialah untuk mewujudkan saluran perhubungan bagi membolehkan pelajar mengadu sebarang masalah khususnya dalam hal-hal akademik dan mengatasinya dengan mendapatkan nasihat daripada mentor masing-masing. Usaha sedemikian perlu dilaksanakan bagi membantu pelajar mengatasi kelemahan yang dihadapi dalam aspek akademik secara berterusan.

                   Melalui program ini, pelajar akan sentiasa berurusan dengan mentor dalam pelbagai perkara. Selain itu juga, sistem ini akan mengeratkan hubungan antara pelajar dengan mentor juga dapat mengeratkan  hubungan pelajar dengan pelajar melalui aktiviti yang dianjurkan mentor.