Thursday, June 30, 2011

MERENTAS DESA

Acara kejohanan merentas desa kali ke-33 telah dilangsungkan pada 30 Jun 2011. Acara dibahagikan kepada 2 kategori iaitu bagi murid-murid Tahap 1 (Tahun Satu,Dua dan Tiga) dan Tahap 2 (Tahun Empat,Lima dan Enam).

Semua murid terlibat dalam acara ini. Trek bagi murid-murid Tahap Satu ialah keliling Kompleks Pendidikan. Manakala bagi murid Tahap Dua pula melalui beberapa buah sekolah di Kompleks, seterusnya melalui jalan utama berhadapan Balai Bomba dan jalan-jalan kampung .

PIBG turut sama terlibat dalam menjayakan kejohanan ini, di mana tenaga daripada PIBG ditugaskan untuk mengawal murid-murid dan menjaga check point. Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi PIBG dan ahli-ahli jawatankuasanya yang memberikan kerjasama kepada pihak dalam menjaga keselamatan murid-murid dan seterusnya melancarkan perjalanan program ini.

Acara penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, YDP PIBG

Tuesday, June 28, 2011

Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah-sekolah Kompleks Pendidikan

Latihan kawad
Khemah murid perempuan

Senaman pagi


Belajar guna kompas


Satu Perkhemahan Unit Beruniform sekolah-sekolah di Kompleks Pendidikan Alor Setar telah diadakan pada 23 -25 Jun 2011. Perkhemahan ini melibatkan seramai 79 orang peserta yang terdiri daripada 6 buah sekolah sekitar Kompleks Pendidikan Alor Setar iaitu dari SMK Darulaman, SMK Syed Mohamed Al-Bukhary, SM Vokasional, SK Hj Mohd Sharif, SK Tunku Abdul Halim dan SJK(T) Barathy. Perkhemahan ini telah dijalankan di SMK Darulaman .


Antara objektif perkhemahan ini adalah untuk mengaktifkan kokurikulum di kalangan pelajar melalui permaufakatan di samping dapat memupuk silaturrahim antara warga pendidikan sekolah-sekolah dalam Kompleks Pendidikan Alor Setar.

Sunday, June 19, 2011

KAMI JUARA!

Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya mengharumkan nama SJK(T) Barathy. Syabas juga kepada semua guru yang bertungkus lumus melatih murid-murid sehingga mampu memperoleh kejayaan yang gemilang.

Dalam pertandingan Ko-Akademik Majlis Pemaufakatan Sekolah-sekolah Tamil peringkat Daerah bagi Zon Utara, SJK(T) Barathy telah muncul sebagai juara keseluruhan. Setelah 4 tahun menunggu akhirnya Piala Keseluruhan telah berjaya dirampas oleh SJK(T) Barathy. Pada peringkat ini, SJKT Barathy telah memenangi 11 dari 14 acara yang dipertandingkan.

Paling manis bila SJKT Barathy turut cemerlang dalam Pertandingan MPST Peringkat Negeri. Pertandingan Peringkat Negeri ini telah dilangsungkan di SJKT Mahajothy , Sg Petani. Dalam pertandingan peringkat negeri ini, 2 orang murid SJKT Barathy telah berjaya menjadi Johan., 2 orang mendapat tempat Naib Johan manakala 2 orang mendapat tempat ke-4 dari 12 peserta ,

Berikut adalah nama murid-murid yang berjaya dengan cemerlang dalam Pertandingan MPST Peringkat Negeri.
1. M.Sri Vashalini - Johan Pertandingan Syarahan B.Melayu
2. K.Kirsheny - Johan Nyanyian Bahasa Tamil
3. M.Vindia - Naib Johan Nyanyian Bahasa Inggeris
4. M.Jivitha - Naib Johan Syarahan Bahasa Inggeris
5. M.Teesha - Tempat Keempat Bercerta Bahasa Inggeri
5. M. Shamugapriya, Sarvin, Renees,P.Kalaivani, Navin Kumar - Tempat Keempat Tarian Desa

Tahniah dan syabas lagi kepada semua! Kejayaan ini jelas membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk digapai andai kita mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh selain kerja dalam sepasukan mampu membuahkan hasil yang cukup cemerlang!