Monday, July 16, 2012

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Program Senamrobik 1Murid  1Sukan 1Malaysia yang dijalankan  pada 10 Julai yang lalu adalah kesinambungan  larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang telah dilancarkan tahun 2011 yang lalu. Aktivti serentak senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia sempena bulan kecergasan. Aktiviti ini berjalan serentak di 10 ribu buah sekolah seluruh negara.

 SJK(T) Barathy turut mengadakan Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia ini pada tarikh yang sama. Pada asalnya, semua sekolah di Kompleks Pendidikan akan mengadakan acara ini di Padang SMK DarulAman. Walau bagaimanapun, memandangkan cuaca tidak mengizinkan, acara tersebut terpaksa dijalankan di Dewan AlFarabi. Sebahagian daripada murid SJKT Barathy menjalankan senamrobik bersama-sama murid-murid sekolah lain di Dewan Al-Farabi. Senamrobik turut dijalankan di sekolah selepas cuaca kembali cerah. Semua murid dan guru mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.











Friday, July 13, 2012

Pelancaran Program NILAM


 Pelancaran Program NILAM dan Kempen Galakan Membaca telah diadakan  pada 24 Jun 2012 yang lalu. Porgram ini telah dirasmikan  oleh Encik Abd Halim bin Ahmad, Ketua Sektor Bahagian Maklumat dan ICT ,JPN Kedah
Hadiah basikal sumbangan PIBG
 

Pustakawan sekolah sedang menyanyikan lagu NILAM


Hadian untuk yang banyak membaca.

Tahniah B.Ariney



Ucapan daripada En. Abd Halim




Sambutan Hari Jadi di Sekolah









Minggu lepas,  adik Shivaani dari Kelas 2 Valluvar telah mengadakan sambutan Hari Jadinya di sekolah. Acara potong kek dijalankan pada masa rehat. Bukan main seronok  kawan-kawan yang lain, dapat makan kek   bersama-sama. Turut hadir ialah ibu, makcik, adik dan nenek Shivaani....

Aktiviti Panitia

Pemenang Tulisan Cantik menerima hadiah.
Antara aktivirti Panitia Bahasa Melayu adalah mengadakan pertandingan  tulisan cantik. Ini bagi menggalakkan murid-murid menulis menggunakan tulisan yang cantik dan kemas.

Didik Hibur

Antara aktiviti yang menyeronokkan bagi murid-murid adalah berlakon. Ini adalah antara aktiviti Dididk Hibur yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas KSSR.


Didik hibur  dalam P&P BM merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan Kementerian Pelajaran kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid. Yang penting guru BM tidak segan dan malu semasa mengaplikasikan didik hibur dan seni sebab mereka perlu bernyanyi, berlakon, berpantun, melukis, bersajak dan bercerita dengan menggunakan bahasa badan di hadapan murid-murid,

Tuesday, May 1, 2012

Kem Teknik Menjawab Soalan UPSR 2012

Program Kem Teknik Menjawab Soalan UPSR 2012 merupakan salah satu daripada program permaufakatan sekolah-sekolah dalam Kompleks Pendidikan dalam memantapkan pencapaian pelajar dalam UPSR. Program ini telah diadakan di Dewan alFarabi dan juga di Dewan Kenanga BTPN Kedah.

Pertandingan Debat Sekolah-sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan

Pada 28 April yang  lalu, 6 orang pelajar SJKT Barathy telah menyertai Pertandingan Debat Peringkat Kebangsaan Bagi Sekolah-sekolah Tamil kali ke - 2. Pertandingan ini adalah anjuran bersama Vanakkam Malaysia dan Astro Vaanavil. Dalam pertandingan ini, 3 orang murid dari SJKT Barathy telah berjaya melangkah ke pusingan suku akhir yang melibatkan 8 daripada 58 kumpulan yang mengambil bahagian. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berkenaan iaitu adik Vinesh, Shalini dan Divya  Tharani. Kumpulan mereka adalah antara 8 kumpulan terbaik. Peserta lain yang mengambil bahagian dalan pertandingan ini ialah Sri Vishalini, Shamugapriya dan Darshini. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada guru-guru yang  telahbertungkus lumus melatih murid- murid.

Friday, April 27, 2012

Science Fair di SJKT Barathy

Panitia Sains SJK(T) Barathy telah mengadakan program 'Science Fair' pada hari Rabu , 25 April 2012. Selain melibatkan semua murid, program ini turut sama melibatkan para waris. Antara pengisian program ini adalah pameran-pameran hasil kerja murid-murid yang  melibatkan penghasilan ujikaji , pertandingan buku srab . Bagi pada waris pula, diadakan pertandingan  membuat origami secara berkumpulan.

Antara para waris yang berjaya menghasilkan  origami yang menarik

Adik Teesha sedang bersiap sedia dengan bahan-bahan untuk ujikajinya.

YDP PIBG Sjkt Barathy, Encik Thiru Chandru  menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Murid-murid Tahun Enam bersama-sama projek  sains mereka.

Gunung berapi!


Para waris mengambil bahagian dalam pertandingan membuat origami.

Macam ni cara membuat origami ye........Kata Puan Guru Besar..


Antara paras waris yang hadir

Puan Kalaivani menyampaikan hadiah kepada para pemenang


Antara objektif  program ini antara lain nya adalah untuk memupuk minat terhadap Sains dan mengaplikasi pengetahuan dan pemahaman mengenani Sains yang diperolehi melalui alam persekitaran. Program yang bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.40 petang ini turut mendapat sambutan daripada para waris. Ramai waris turut hadir untuk bersama-sama memberi sokongan kepada pihak sekolah yang menganjurkan program seperti ini. Tahniah kepada semua!