Monday, April 19, 2010

PERHIMPUNAN BULANAN ( APRIL )

Tuan Hj Asmi bin Hj Tajudin, Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Kedah
Puan Sagamary selaku guru bertugas sedang memberi ucapan.

Puan Ananda Kitha mempengerusikan majlis.
Perhimpunan Bulanan pada kali ini turut dihadiri oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Kedah iaitu Tuan Haji Asmi bin Haji Tajuddin. Dalam ucapannya, beliau meminta semua warga sekolah SJKT Barathy dapat menjalinkan hubungan setiakawan dengan warga sekolah-sekolah yang berdekatan. Setiap orang murid . guru-guru dan seluruh warga sekolah perlu saling bekerjasama dan saling mengenali antara satu sama lain bagi mewujudkan perhubungan yang akrab antara warga sekolah.