Sunday, September 28, 2014

Persembahan Murid

 S.Kirtana sedang menyampaikan lagu tema Hari Kebangsaan " Di sini Lahir  Sebuah Cinta'


Thursday, September 4, 2014

Program Kecemerlangan UPSR di bawah Program Transformasi Pendidikan Daerah (DTP)

Program Kecemerlangan UPSR Sekolah-sekolah Rendah Kompleks Pendidikan di bawah Program Transformasi Pendidikan Daerah (DTP) telah diadakan pada 27 Ogos 2014 bertempat  di SK HJ Mohd Shariff.

Program ini melibatkan empat buah sekolah dalam Kompleks Pendidikan iaitu SK Hj Mohd Shariff, SK tunku Abdul Halim, SJK(T) Barathy dan SJK(C) Keat Hwa S.  Melalui program pada pagi ini, penglibatan dan sentuhan Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah dengan calon-calon  UPSR 2014 Pemaufakatan Kompleks akan menjadi dorongan dan galakan yang boleh melonjakkan kecemerlangan yang diimpikan.


Antara objektif program ini adalah :
1.  dapat memberi motivasi diri secara luaran dan dalam kepada murid-murid.
2. meningkatkan keyakinan diri sebelum dan semasa menghadapi peperiksaan UPSR sebenar.
3. meningkatkan dan mengekalkan kualiti prestasi calon-calon UPSR.

Tuan Pengarah sedang menyampaikan ucapan



33 orang murid SJK(T) Barathy terlibat dalam program ini. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tengah hari. Tuan Pengarah JPN Kedah  Yang Berbahagia Datin Hajah Azuyah Hassan  telah menyampaikan ucap utama Transformasi Minda ke Arah Kecermalangan.


Guru-guru Tahun Enam bergambar bersama Tuan Pengarah