Sesi pendaftaran Tahun Satu bagi sesi persekolahan 2014 telah diadakan pada 31 Disember 2013. Seawal 8.30 pagi lagi para waris telah tiba di sekolah bagi mendaftar anak-anak mereka ke Tahun Satu. Sebelum sesi pendatfaran bermula, Puan S.Amuniayyamal selaku Guru Besar SJKT Barathy telah memberikan taklimat kepada para waris. Pendatfaran murid Tahun Satu 2104 dijalankan setelah selesai kudapan iaitu kira-kira jam 10.15 pagi.
Tuesday, December 31, 2013
Saturday, December 28, 2013
Bergotong-royong
Pada 28 Desember 2013, satu gotong-royong membersihkan kawasan sekolah telah diadakan. Memandangkan bangunan sekolah yang baru sahaja siap dengan kerja-kerja penambaikan maka memang banyak lah kerja-kerja yang perlu dibuat. Antaranya membersihkan seluruh kelas dan kawasan sekeliling sekolah. Perabot-perabot serta kerusi meja di dalam kelas juga harus disusun dan dibersihkan sebelum memulakan memulakan sesi persekolahan tahun 2014.
Pihak sekolah telah mendapat kerjasama yang amat baik daripada PIBG sekolah. Di mana, guru-guru dan para waris berganding bahu bergotong -royong
membersihkan kelas-kelas dan bangunan sekolah yang lain sebagai
persiapan sesi persekolahan 2014. Terima kasih kepada semua yang
terlibat. Semangat kerjasama seperti ini sememangnya sangat-sangat diperlukan . Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu.
Saturday, November 30, 2013
Kejayaan Dalam UPSR 2013
Pada 14 November 2013, keputusan UPSR 2103 diumumkan. Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam UPSR. Kepada yang kurang berjaya, tingkatkan usaha untuk memperbaiki pencapaian di sekolah menengah nanti.
Pada tahun ini, seramai 7 orang murid telah mendapat keputusan yang
cemerlang iaitu 7A dalam semua mata pelajaran. Murid-murid tersebut
ialah M.Vinesh, J.Jayanaveen, Leveneswaran, DivyaDharshini, Harishwaran,
AnandaJodhi dan Jochim.
Murid-murid yang cemerlang ini telah menerima 'buah tangan' daripada guru-guru dan juga pihak penguasa kantin sekolah.Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua murid yang berjaya, dan tak ketinggalan juga kepada semua guru, khususnya guru-guru Tahun Enam yang bertungkus lumus berusaha memantapkan pencapaian dengan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program. Tahniah juga kepada Puan Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan yang banyak membantu guru-guru serta para pelajar dalam merealisasikan kejayaan ini.
![]() |
7 orang murid yang mendapat 7A |
Murid-murid yang cemerlang ini telah menerima 'buah tangan' daripada guru-guru dan juga pihak penguasa kantin sekolah.Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua murid yang berjaya, dan tak ketinggalan juga kepada semua guru, khususnya guru-guru Tahun Enam yang bertungkus lumus berusaha memantapkan pencapaian dengan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program. Tahniah juga kepada Puan Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan yang banyak membantu guru-guru serta para pelajar dalam merealisasikan kejayaan ini.
![]() |
Hadiah daripada Pengusaha Kantin Sekolah SJKT Barathy |
![]() |
Hadiah daripada Guru Besar, Puan S.Amuniyammal |
![]() |
Hadiah daripada Cikgu Che ku Nor Azizah |
Wednesday, November 13, 2013
Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2013
Hari Anugerah Cemerlang merupakan salah satu daripada acara tahunan sekolah.
Sekolah
amat mementingkan kecemerlangan murid dari segi akademik dan bukan akademik.
Oleh itu, segala kecemerlangan yang dicapai wajar diberi pengiktirafan oleh
pihak sekolah. Hari Anugerah Cemerlang yang diadakan pada setiap tahun adalah
satu medium bagi sekolah meraikan murid-murid yang menunjukkan potensi dan
kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan diri. Adalah menjadi harapan
pengiktirafan ini dapat menjadi motivasi kepada setiap murid untuk mencontohi
atau mengulangi kejayaan yang sama atau lebih baik pada tahun berikutnya.
Pada tahun ini, Hari Anugerah Cemerlang (HAC) telah diadakan pada 13 November 2013 bertempat di dewan sekolah. Beberapa hari sebelum berlansungnya HAC, guru-guru bertungkus lumus bekerjasama menyiapkan persiapan. Antaranya, termasuk lah membuat latihan untuk persembahan, menguruskan hadiah , menghias dewan dan pentas serta pelbagai kerja buat lain. Penglibatan semua guru serta hasil kerjasama semua pihak telah berjaya melancarkan sambutan HAC pada tahun ini.
Seperti tahun-tahun sudah, sambutan daripada para waris amat menggalakkan. Tahniah kepada semua!
![]() |
Vinesh dipilih sebagai Tokoh Murid 2013 |
![]() |
Gogulan danVengadesh cemerlang dalam aktiviti unit beruniform TKRS. |
![]() |
Persembahan Tarian daripada murid-murid Tahun 3 |
![]() |
Hadiah NILAM |
![]() |
Murid-murid yang berjaya dalam Pertandingan Sains |
![]() |
Cenderamata untuk AJK PIBG |
![]() |
Murid-murid yang terlibat dalam Pertandingan uReka |
![]() |
Gugolan dinobatkan sebagai Tokoh Kukurikulum 2013 |
![]() |
Murid-murid yang melakarkan sejarah SJKT Barathy dengan kejayaan mereka dalam Pertandingan Drama Bahasa Malaysia Peringkat Kebangsaan. |
![]() |
Pasukan BolaSepak Sekolah |

![]() |
Pelajar UPSR Tahun 2012 |
![]() |
Pra Sekolah SJKT Barathy |
![]() |
Drama |
![]() |
Adik Kushiala yang cemerlang dalam Pertandingan Syarahan dan Drama |
Monday, November 11, 2013
Ceramah dan Pameran Kesihatan dan Persekitaran
Satu Ceramah dan Pameran Kesihatan dan Persekitaran telah diadakan di SJKT Barathy. Ceramah tersebut disampaikan oleh Encik Ridhuan bin Abdul Manaf, Pegawai di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Majlis Bandaraya Alor Setar.
Sesi ceramah ini berlangsung pada jam 10.00 pagi di dewan SJKT Barathy. Dalam ceramah ini, murid-murid telah didedahkan tentang kepentingan menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal serta persekitaran. Murid-murid juga diberitahu mengenai bahaya nya nyamuk Aedis, tikus, lipas dan lalat serta bagaimana cara untuk mengawal daripada pembiayakannya.
Murid-murid telah diedarkan dengan risalah-risalah mengenai cara-cara mencegah penyakit-penyakit pembawaan nyamuk, tikus, lipas dan lalat. Selain itu, murid-murid juga berkesempatan melihat pameran yang diadakan termasuklah melihat peralatan menyembut asap untuk membunuh nyamuk, dan replika nyamuk.
Subscribe to:
Posts (Atom)