Tuesday, April 8, 2014

Program Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun Enam 2014. ( Program Pemuafakatan Sekolah-sekolah Dalam Kompleks Pendidikan)

Program Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun Enam 2014, merupakan antara program yang dirangka dalam Pemaufakatan Sekolah-sekolah Dalam Kompleks Pendidikan.  Program teknik menjawab ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 6 dan 7 April 2014 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah.
 Matlamat program ini adalah untuk memberikan pendedahan terhadap bentuk-bentuk soalan dan teknik menjawab soalan UPSR. Di samping dapat meningkatkan peratus kelulusan UPSR dan meningkatkan kualiti A dalam semua mata pelajaran.


 Semua murid Tahun Enam dari 4 buah sekolah dalam Kompleks Pendidikan ini terlibat dalam program ini. Sekolah-sekolah  yang terlibat ialah SK Haji Mohd Shariff, SK Tunku Abdul Halim, SJK(T) Barathy dan SJK(C) Keat Hwa S.


Murid-murid mendengar taklimat yang diberikan oleh pihak urus setia pada sebelah pagi.


 Pada hari Ahad (6 April 2014), telah dijalankan 2 slot ceramah iaitu ceramah teknik menjawab soalan Bahasa Melayu dan ceramah teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris. Manakala, pada hari berikutnya pula, dijalankan ceramah teknik menjawab soalan Sains, Matematik. Ceramah ini dijalankan  dalam dua slot. Slot pertama bermula pada jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi, manakala slot kedua pun pada jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Cikgu Che ku Nor Azizah menyampaikan ceramah mengenai teknik menjawab soalan Bahasa Melayu kepada murid-murid.



Ceramah Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris pula disampaikan oleh Cikgu M.Ananda Kitha.









No comments: