Friday, February 21, 2014

Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan dan Sambutan Hari Antidadah

Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan Sambutan Hari Antidadah Peringkat sekolah telah diadakan pada 19 Febuari 2014 , jam 12.00 tengah hari. 

Antara aturcara yang telah dilaksanakan  sempena Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah ini ialah  bacaan perutusan yang telah dibacakan oleh Puan M.Ananda Kitha. 


 Seterusnya ialah acara Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan Sambutan Hari Antidadah Peringkat sekolah yang dirasmikan oleh  YDP PIBG SJK(T) Barathy Encik ThiruChandru.
 


Acara seterusnya ialah bacaan ikrar dan menyanyi lagu Dadah Durjana.. Semua guru dan murid-murid bersama-sama melafazkan ikrar dan menyanyikan lagu Dadah Durjana.
 
 Guru-guru dan murid-murid kemudiannya menandatangani dan menulis kata-kata anti dadah di atas kain sepanduk.  Satu pertandingan melukis poster antidadah turut diadakan yang melibatkan semua murid. 



 
Akhir sekali, murid-murid turut bersenamrobik bersama-sama . Aktiviti bagi menggalakkan murid-murid mengamalkan  gaya hidup sihat.


1 comment:

amy said...

Thaniah sjkt barathy. Teruskan usha anda.