Tuesday, June 25, 2013

Pertandingan Syarahan Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan

Pada 24 Jun 2013 yang lalu, telah dijalankan Pertandingan Kempen Bahasa Malaysia Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan. 2 acara telah dipertandingkan. iaitu Pertandingan Syarahan Piala Perpaduan dan Pertandingan Kuiz.  SJKT Barathy turut mengambil bahagian dalam kedua-dua acara. Dalam Pertandingan Syarahan, P.Khusiala telah berjaya mendapat tempat kedua dan juga akan mewakili daerah Kota Setar dalam dalam pertandingan syarahan peringkat negeri. nanti. Tahniah diucapkan kepada adik P.Khusiala  serta guru yang terlibat
Penari-penari dr SJKT Barathy  membuat persembahan semasa Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis .
Kushiala  yang mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Syarahan Sekolah-sekolah Jenis Kebangssan menerima hadiah dan sijil kemenangan.

Para pemenang
Khusiala sedang menyampaikan syarahan

Sunday, June 23, 2013

Acara Merentas Desa 2013



Acara merentas desa telah diadakan pada petang 21 Mei 2013. Semua murid terlihat dalam acara ini. Acara bermula pada jam  2.30 iaitu acara memanaskan badan dan taklimat ringkas mengenai trek laluan merentas desa. Acara merentas desa  turut melibatkan murid-murid tahap 1 iaitu murid Tahun Satu, Dua dan Tiga, manakala murid Tahap 2 terdiri dari murid Tahun 4, 5 dan 6.  Para waris turut mengambil bahagian sebagai petugas "check point'. Kerjasama yang ditunjukkan oleh para waris yang membantu guru-guru semasa acara merentas desa ini amat dihargai. Syabas!














Pada  18 Jun 2013, Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang Pertandingan Teater Bahasa Malaysia Sekolah-sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Kuala Lumpur. SJKT Barathy telah terpilih menerima hadiah utama iaitu Kategori Pelakon Perempuan Terbaik. P.Kushiaala telah dinobatkan sebagai Pelakon  Terbaik Perempuan.

Puan S.Amuniyammal , Guru Besar SJKT Barathy telah mewakili pihak sekolah mengambil hadiah tersebut di Kuala Lumpur. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Dato' Seri Utama S.Samy Vellu, Duta Khas Malaysia ke India. Hadiah-hadiah yang diperoleh oleh P.Kushiaala ialah 1 set netbook, RM500, Piala dan Sijil Penghargaan.

Pihak sekolah juga mengadakan majlis penyampaian hadiah tersebut di sekolah  pada 23 Jun 2013. Waris kepada P.Khusiaala turut dijemput pada majlis tersebut. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar.
Tahniah darupada warga sekolah kepada adik P.Khusiaala di atas kecemerlangan itu. Warga sekolah turut berasa bangga di atas kejayaannya.