Sunday, June 23, 2013

Pada  18 Jun 2013, Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang Pertandingan Teater Bahasa Malaysia Sekolah-sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Kuala Lumpur. SJKT Barathy telah terpilih menerima hadiah utama iaitu Kategori Pelakon Perempuan Terbaik. P.Kushiaala telah dinobatkan sebagai Pelakon  Terbaik Perempuan.

Puan S.Amuniyammal , Guru Besar SJKT Barathy telah mewakili pihak sekolah mengambil hadiah tersebut di Kuala Lumpur. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Dato' Seri Utama S.Samy Vellu, Duta Khas Malaysia ke India. Hadiah-hadiah yang diperoleh oleh P.Kushiaala ialah 1 set netbook, RM500, Piala dan Sijil Penghargaan.

Pihak sekolah juga mengadakan majlis penyampaian hadiah tersebut di sekolah  pada 23 Jun 2013. Waris kepada P.Khusiaala turut dijemput pada majlis tersebut. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar.
Tahniah darupada warga sekolah kepada adik P.Khusiaala di atas kecemerlangan itu. Warga sekolah turut berasa bangga di atas kejayaannya.

No comments: