Sunday, June 23, 2013

Acara Merentas Desa 2013



Acara merentas desa telah diadakan pada petang 21 Mei 2013. Semua murid terlihat dalam acara ini. Acara bermula pada jam  2.30 iaitu acara memanaskan badan dan taklimat ringkas mengenai trek laluan merentas desa. Acara merentas desa  turut melibatkan murid-murid tahap 1 iaitu murid Tahun Satu, Dua dan Tiga, manakala murid Tahap 2 terdiri dari murid Tahun 4, 5 dan 6.  Para waris turut mengambil bahagian sebagai petugas "check point'. Kerjasama yang ditunjukkan oleh para waris yang membantu guru-guru semasa acara merentas desa ini amat dihargai. Syabas!














No comments: