Monday, November 21, 2016

Pameran Kelas ke-21 Hari Bertemu Pelanggan

Semalam bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar, telah berlangsung Hari Bertemu Pelanggan dan Simposium PLC. Bagi tujuan ini, SJKT Barathy telah dimiinta membuat sebuah booth untuk pameran akademik. Sehubungan dengan itu, SJKT Barathy telah dipilih untuk membuat booth Pameran Kelas Alaf ke-21.

Sehari sebelum berlangsungnya pameran tersebut, guru-guru dan beberapa orang waris PIBG SJKT Barathy telah bekerjsama menyediakan booth.  Kerjasama yang padu antara pihak sekolah dengan PIBG membuahkan haisl yang  sangat cemerlang.


Pada hari berlangsungnya Hari Bertemu Pelanggan , ramai yang telah mengunjungi booth Pameran  Kelas Alaf ke-21 untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi pandangan  dengan guru-guru SJKT Barathy. Antara yang turut hadir ke booth SJKT Barathy termasuklah Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Tuan Sofaruddin bin  Hj Ismail, Pengarah Pendidikan Daerah Kota Setar, pegawai-pegawai dari PPD Kota Setar serta guru-guru , para waris dan murid-murid  dari pelbagai sekolah.


















No comments: