Friday, February 21, 2014

Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan dan Sambutan Hari Antidadah

Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan Sambutan Hari Antidadah Peringkat sekolah telah diadakan pada 19 Febuari 2014 , jam 12.00 tengah hari. 

Antara aturcara yang telah dilaksanakan  sempena Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah ini ialah  bacaan perutusan yang telah dibacakan oleh Puan M.Ananda Kitha. 


 Seterusnya ialah acara Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan Sambutan Hari Antidadah Peringkat sekolah yang dirasmikan oleh  YDP PIBG SJK(T) Barathy Encik ThiruChandru.
 


Acara seterusnya ialah bacaan ikrar dan menyanyi lagu Dadah Durjana.. Semua guru dan murid-murid bersama-sama melafazkan ikrar dan menyanyikan lagu Dadah Durjana.
 
 Guru-guru dan murid-murid kemudiannya menandatangani dan menulis kata-kata anti dadah di atas kain sepanduk.  Satu pertandingan melukis poster antidadah turut diadakan yang melibatkan semua murid. 



 
Akhir sekali, murid-murid turut bersenamrobik bersama-sama . Aktiviti bagi menggalakkan murid-murid mengamalkan  gaya hidup sihat.


Monday, February 17, 2014

Perlawanan Bowling


Guru-guru SJKT Barathy mengadakan perlawanan bowling di Pusat Bowling di  Aras 4 Pusat Membeli belah Pasicif Alor Setar. Kedah. Aktiviti ini  merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Guru dan Kaki tangan SJKT Barathy.










Lawatan Pameran Gambar 3D

Pada 11 Februari 2014,  SJK(T) Barathy telah mengadakan lawatan ke Pameran Gambar 3D di aras 4 Pusat Membeli belah Pasific Alor Setar.. Lawatan ini disertai oleh murid-murid tahap 2 dan guru-guru. Melalui lawatan ke Pameran Gambar 3D ini, murid-murid berpeluang  melihat sebanyak 41 lukisan 3D yang dilukis di atas kanvas oleh 22 pelukis 3D terkemuka dari China.

Murid-murid begitu seronok menggayakan aksi-aksi tersendiri  berlatarbelakangkan lukisan seakan-akan hidup.  Tiket untuk menyaksikan pameran ini ialah sebanyak RM5.00 iaitu diberi potongan sebanyak 50% daripada harga asal.












"