Wednesday, September 4, 2013

Program Kecemerlangan UPSR Sekolah2 Rendah Kompleks Pendidikan

Pada 3 September 2013, berlangsung di Dewan Asshariff, SK HJ Mohd Shariff, telah dijalankan satu program iaitu Program Kecemerlangan UPSR Sekolah2 Rendah Kompeks Pendidikan di Bawah Program Transformasi Pendidikan Daerah (DTP).

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan  Negeri Kedah. Seramai 80 orang murid yang mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini telah turut hadir dan menerima hadiah daripada Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah. Seramai 5 orang murid SJKT Barathy turut sama menerima hadiah. Mereka ialahVinesh, Harishwaran,  Kaviraj, Leveneswaran dan Divya Dashini. Tahniah diucapkan.


















No comments: