Wednesday, February 13, 2013
Sambut Hari Jadi Guru di sekolah...
Salah satu aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Guru SJKT Barathy dalam mengharmonikan hubungan sesama guru adalah dengan mengadakan sambutan hari lahir untuk guru-guru. Pada hari ini, empat orang guru telah diraikan dalam satu majlis yang ringkas tetapi penuh bermakna. Acara memotong kek hari jadi bagi keempat-empat guru berkenaan iaitu Puan Amuniyammal, Puan Ananda Kitha, Puan Valliamah dan Puan Kalaivani telah diadakan selepas tamat waktu persekolahan hari ini. Selamat Hari Lahir!
LDP : Kursus Pengurusan Fail Panitia
Satu Kursus Pengurusan Fail Panitia telah dijalankan di Makmal Komputer SJKT Barathy pada 7 Februari yang lalu. Kursus ini antara lain bagi memantapkan pengetahuan guru-guru dalam hal menguruskan fail panitia masing-masing. Kursus Pengurusan Fail Panitia ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Rosli bin Hj.Omar, Penyelia Kanan Sains, Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.
Jom Berteater!
Pada tahun ini, SJK(T) Barathy akan turut sama mengambil bahagian dalam Pertandingan Teater Bahasa Malaysia bagi sekolah-sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan. Pertandingan Teater ini adalah anjuran Fenomena Seni Pentas dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia) serta Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertandingan bagi peringkat negeri akan dijalankan pada 29 Mac 2013 bertempat di Kompleks Budaya Negeri Kedah. Kumpulan teater SJKT Barathy yang terdiri daripada 9 orang murid dilatih oleh guru sekolah ini sendiri iaitu Cikgu Kathiravan dan Cikgu Che ku Nor Azizah.
Aktiviti Kokurikulum Bermula
Aktiviti kokurikulum di SJK(T) sudah bermula!
Kali ni, beberapa kelab baru ditubuhkan. Antaranya kelab invotif dan kreatif serta kelab seni dan kebudayaan. Manakala dalam aktiviti permainannya pula termasuklah permainan bola jaring, hoki dan bola sepak. Seronok murid-murid apabila dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum terutama aktiviti di padang.
Kali ni, beberapa kelab baru ditubuhkan. Antaranya kelab invotif dan kreatif serta kelab seni dan kebudayaan. Manakala dalam aktiviti permainannya pula termasuklah permainan bola jaring, hoki dan bola sepak. Seronok murid-murid apabila dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum terutama aktiviti di padang.
Aksi murid-murid di padang |
Seronok nya bila dapat bermain hoki di padang! |
![]() |
Kelab Permainan Hoki |
![]() |
Sedia untuk latihan kawad |
![]() |
Pemilihan ahli jawatankuasa |
![]() |
Ini dia AJK TKRS yang baru |
Friday, February 8, 2013
CAKNA BACA
Antara
program yang dirancang untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca
dalam kalangan murid adalah dengan melaksanakan Program Cakna Baca.
Program ini dijalankan pada waktu pagi iaitu pada jam 7.30 pagi hingga
7.45 pagi. Semua murid akan membaca bahan bacaan yang telah disediakan
oleh guru pada setiap pagi sebelum bermulanya sesi pengajaran dan
pembelajaran pada hari itu.
Sambutan Pesta Ponggal 1Malaysia
Sambutan Pesta Ponggal 1Malaysia telah
diadakan di perkarangan tapak perhimpunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Barathy pada 1 Februari 2013. Pesta Ponggal 1Malaysia ini dianjurkan oleh
Pergerakan Wanita MIC dengan kerjasama pihak sekolah.
Matlamat utama Pesta Ponggal 1Malaysia ini adalah untuk
memupuk semangat perpaduan dan saling hormati-menghormati antara kaum . Di samping itu juga, aktiviti seperti ini akan mampu mewujudkan semangat
berpasukan,bertoleransi serta keprihatinan
dalam kalangan rakyat yang berbagai-bagai kaum bagi memastikan
kesejahteraan dan kerukunan hidup terus terjalin.
Sambutan Pesta Ponggal 1Malaysia ini
sangat meriah. Pelbagai kaum turut
mengambil bahagian dalam pesta ini.
Sebanyak 70 buah dapur telah disediakan oleh penganjur bagi tujuan
memasak nasi Ponggal.
Pesta Ponggal 1Malaysia kali ini telah dirasmikan oleh Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung. Dalam ucapan
tersebut, beliau menyeru semua yang
hadir agar dapat terus menzahir dan
mengekalkan semangat perpaduan antara rakyat Malaysia tanpa mengira kaum . Menurut beliau lagi, pihak kerajaan sentiasa
mementingkan pemupukan semangat perpaduan ini demi kelangsungan kesejahteraan
yang sedang kita kecapi hingga ke hari
ini. Turut hadir pada hari tersebut
adalah ADUN Kawasan Derga YB Dr. Cheah Soon Hai dan Datuk
Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.
Hadiah-hadiah sagu hati turut
disediakan oleh pihak pengajur untuk semua yang mengambil bahagian dalam
memasak acara memasak nasi Ponggal. Di samping itu juga, hadiah-hadiah berupa
hamper bagi acara cabutan bertuah telah turut disediakan . Puan Guru Besar SJK(T)
Barathy, Puan S.Amuniyammal dan para VIP yang lain telah menyampaikan
hadiah-hadiah tersebut kepada peserta dan pemenang cabutan bertuah.
Subscribe to:
Posts (Atom)