Friday, March 30, 2012

KURSUS PEMBINAAN BLOG



Satu Kursus Dalaman yang bertajuk Pembinaan Blog telah dijalankan di Makmal ICT SJKT Barathy pada 29 Mac 2012. Kursus ini telah disampaikan oleh Che ku Nor Azizah bt Che ku Hassan. Antara objektif Kursus Pembinaan Blog ini adalah bagi memberi maklumat kepada semua guru SJKT Barathy mengenai kepentingan blog khususnya yang kini menjadi wacana dalam menyampaikan info-info mengenai pendidikan. Melalui kursus ini juga, guru-guru diberi pendedahan bagaimana caranya untuk membina sesebuah blog. Diharapkan selepas kursus ini, semua panitia di SJKT Barathy akan mempunyai blog sendiri bagi tujuan menyalurkan apa juga maklumat mengenai panitia masing-masing, termasuklah aktiviti atau program yang dirancang, telah dan akan dijalankan.

No comments: