Wednesday, August 10, 2011

MAJLIS PERSARAAN PUAN G.TANAPAKIAM


Hari ini merupakan hari terakhir perkhidmatan Puan G.Tanapakiam sebagai seorang guru. Kelan Guru SJKT Barathy telah mengadakan satu majlis untuk memperingati jasa-jasa Puan G.Tanapakiam. Majlis Persaraan tersebut telah berlangsung dengan meriahnya.

Berikut adalah biodata Puan G.Tanapakiam:

Dilahirkan pada tanggal 11 Ogos 1953 di sebuah kampung di Perak iaitu Kampung Abdullah, Kampar,Perak. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang ramai di mana adik-beradiknya adalah seramai 10 orang. Ayah beliau bekerja sebagai buruh manakala ibunya tidak bekerja dan hanya menguruskan rumahtangga. Hidup dalam serba kesederhanaan ini telah menjadikan beliau seorang yang tabah dan kuat semangat .

Pada 21 November 1982, beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan insan yang dicintainya. Suami beliau, Encik G.Selladoyan juga merupakan seorang guru. Hasil perkongsian hidup beliau dan suami, beliau telah dikurniakan dua orang cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua orang anak beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat yang membanggakan di mana salah seorang anak beliau kini melanjutkan pelajaran di Russia dalam bidang perubatan.

Puan Tanapakiam mula bertugas sebagai seorang guru pada tahun 1976. Di mana SJK(T) Sg Siput, di Perak merupakan tempat pertama beliau bertugas. Pada tahun 1977, beliau bertukar ke SJK(T) Mambang Di Awan, Kampar, Perak. Setahun kemudian, bertukar ke SJK(T) Ladang Soon Lee, Bagan Serai Perak. Manakala pada tahun 1979, beliau telah bertugas di SJK(T) Ladang Gedung, Bagan Serai dan mengajar di sana selama 4 tahun. Pada tahun 1983, Puan Tanapiam bertukar ke SJKT Barathy iaitu selama 8 tahun. Seterusnya beliau berpindah ke SJKT Ladang Jabi iaitu pada tahun 1991 hingga 1996. Beliau kemudiannya sekali lagi bertukar ke SJKT Barathy iaitu pada tahun 1996 hinggalah pada hari ini 10 Ogos 2011.

Puan Tanapakiam merupakan seorang guru yang berdedikasi dan mempunyai sentiasa bersemangat semasa menjalankan tugas, baik tugasan di bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Beliau seorang yang suka berterus terang, tidak suka berselindung di samping juga merupakan seorang guru yang tegas semasa menjalankan tugasnya sebagai seorang guru. Sungguhpun begitu beliau mempunyai sikap keibuan yang tinggi. Keprihatinannya bukan sahaja terhadap kebajikan murid-murid, malahan juga kepada guru-guru yang sentiasa mesra dan dekat dengan beliau. Kami warga SJKT Barathy sesungguhnya amat terhutang budi kepada Puan Tanapakiam. Budi baik cikgu akan kami kenang selama-lamanya.




No comments: