Sunday, June 19, 2011

KAMI JUARA!

Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya mengharumkan nama SJK(T) Barathy. Syabas juga kepada semua guru yang bertungkus lumus melatih murid-murid sehingga mampu memperoleh kejayaan yang gemilang.

Dalam pertandingan Ko-Akademik Majlis Pemaufakatan Sekolah-sekolah Tamil peringkat Daerah bagi Zon Utara, SJK(T) Barathy telah muncul sebagai juara keseluruhan. Setelah 4 tahun menunggu akhirnya Piala Keseluruhan telah berjaya dirampas oleh SJK(T) Barathy. Pada peringkat ini, SJKT Barathy telah memenangi 11 dari 14 acara yang dipertandingkan.

Paling manis bila SJKT Barathy turut cemerlang dalam Pertandingan MPST Peringkat Negeri. Pertandingan Peringkat Negeri ini telah dilangsungkan di SJKT Mahajothy , Sg Petani. Dalam pertandingan peringkat negeri ini, 2 orang murid SJKT Barathy telah berjaya menjadi Johan., 2 orang mendapat tempat Naib Johan manakala 2 orang mendapat tempat ke-4 dari 12 peserta ,

Berikut adalah nama murid-murid yang berjaya dengan cemerlang dalam Pertandingan MPST Peringkat Negeri.
1. M.Sri Vashalini - Johan Pertandingan Syarahan B.Melayu
2. K.Kirsheny - Johan Nyanyian Bahasa Tamil
3. M.Vindia - Naib Johan Nyanyian Bahasa Inggeris
4. M.Jivitha - Naib Johan Syarahan Bahasa Inggeris
5. M.Teesha - Tempat Keempat Bercerta Bahasa Inggeri
5. M. Shamugapriya, Sarvin, Renees,P.Kalaivani, Navin Kumar - Tempat Keempat Tarian Desa

Tahniah dan syabas lagi kepada semua! Kejayaan ini jelas membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk digapai andai kita mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh selain kerja dalam sepasukan mampu membuahkan hasil yang cukup cemerlang!

1 comment:

muhamad subri bin omar said...

Tahniah diucapkan kepada sekolah tuan/puan kerana cemerlang dalam akedemik dan koko.
Semoga SJKT Barathy terus JUARA sepanjang masa.
Drp: Muhamad Subri Omar-Guru Besar SK Rambah Pontian Johor-Pejabat 07-6878781.H/P:0177301837. Semua guru-guru jika ke Pontian sila hubungi nombor di atas.TK