Tuan Pengarah dalam ucapannya berterima kasih kepada semua yang dapat hadir menjayakan program ini. Beliau berharap agar aktiviti gotong-royong ini diteruskan kerana sebenarnya gotong-royong ini adalah suatu kelangsungan warisan masyarakat kita sejak zaman berzaman.
SJK(T) Barathy turut melibatkan diri dalam program ini. Guru-guru telah hadir bekerjasama membersih dan menceriakan kawasan sekolah. Antara aktiviti yang dilakukan ialah melukis mural pada bangunan sekolah.
Walau bagaimanapun, program ini terpaksa diberhentikan sementera dan akan disambung pada hari yang lain memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Hujan turun dengan lebatnya ketika aktiviti baru sahaja dimulakan.
No comments:
Post a Comment