Thursday, February 17, 2011

Perpindahan Guru

Encik Elanggo (berkemeja putih) bersama-sama guru-guru SJK(T) Barathy semasa sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran JPN Kedah.


SJK(T) Barathy sekali lagi kehilangan seorang guru. Berkuatkuasa awal Februari yang lalu Guru Penolong Kanan Kurikulum, Encik Elanggo telah berpindah ke sekolah baharu. Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar di SJK(T) Padang Lembu, Gurun. Sesungguhnya kami di SJK(T) Barathy begitu merasa kehilangan seorang guru yang sungguh berdedikasi dan kaya dengan budi bahasa. Semoga kecemerlangan beliau akan diteruskan di sekolah baharu. Kami di SJK(T) akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Cikgu Elanggo.

No comments: