Thursday, November 19, 2009

PROGRAM SATU MALAYSIA

Baru-baru Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dengan kerjasama beberapa pihak termasuklah sekolah-sekolah sekitar Kompleks Pendidikan telah mengadakan Karnival Kesukanan Permainan dan kebudayaan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan. Program ini antara lain bermatlamat menyemai benih perpaduan antara kaum di peringkat sekolah lagi di kalangan murid-murid.

Sekolah-sekolah di sekitar Kompleks Pendidikan yang terlibat dalam program ini termasuklah SK. Hj.Mohd. Shariff, SK Tunku Abdul Halim, SJK(T) Barathy dan SJK(C) Kee Chee. 4 buah sekolah yang mempunyai latar belakang budaya dan bahasa yang berbeza bergabung bekerjasama menjayakan program Satu Malaysia ini.

Pelbagai acara yang melibatkan kesemua sekolah ini telah diadakan. Antaranya permainan tradisonal orang-orang India, Cina dan Melayu dan pertunjukkan pentas seperti tarian, koir dan deklamasi sajak. Murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada pelbagai kaum.

Program ini amat menarik dan sangat memberikan kesan kepada murid-murid. Mudahan program ini akan diteruskan pada masa- masa akan datang.














No comments: