Pada 22 April 2013 yang lalu, beberapa orang murid SJKT Barathy telah
menyertai pertandingan KoAkademik Peringkat PKG Alor Janggus di SK Hj
Mohd Sharif. Dalam pertandingan itu, murid sekolah ini telah menyertai
pertandingan sajak, bercerita tahap 2 dan pertandingan Pidato. Tahniah
kepada murid-murid berkenaan kerana menunjukkan kesungguhan dan semangat
yang tinggi. Murid yang terlibat adalah Kushiala a/p Palani, Nivetha
a/p Murali dan Indrani.
Monday, April 22, 2013
Friday, April 12, 2013
Selamat Hari Lahir!
Selamat Hari Jadi Cikgu-cikgu!
Acara memotong kek hari jadi telah dijadikan acara wajib bagi meraikan hari jadi guru-guru. Kali ini acara memotong kek adalah bagi meraikan hari jadi Cikgu Cik Suriyakala, Cikgu Cik Thamaryanti dan Cikgu Puan Sagayamary....Selamat hari lahir!

![]() |
Cikgu Ananda mengetuai nyanyian lagu Selamat Hari Lahir |
![]() |
Add caption |
Terima Hadiah
Dalam majlis perhimpunan pagi pada hari ini, telah berlangsung acara penyampaian hadiah bagi beberapa aktiviti yang telah dijalankan sebelum ini. Antaranya ialah, Pertandingan Mewarna Anti Dadah dan Pertandingan Perpustakaan Mini Kelas . Guru Besar telah menyampaikan semua hadiah kepada pemenang. Turut disampaikan pada pagi ini ialah penyampaian sijil-sijil kepada pengawas sekolah.
Friday, April 5, 2013
Pertandingan Teater
Pada 29 Mac yang lalu, SJKT Barathy telah menyertai Pertandingan Teater Bahasa Malaysia Sekolah-sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan 2013. Pertandingan teater ini adalah anjuran Fenomena Seni Pentas dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara ( Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia) dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pertandingan ini telah berlangsung di Auditorium Kompleks Budaya Negeri Kedah. Tajuk teater yang dipersembahkan ialah Si Bading. Skrip teater disediakan oleh Cikgu Che Ku Nor Azizah. Teater Si Bading ini telah diarahkan bersama oleh Cikgu Che ku Nor Azizah dan Cikgu Kartiravan. Murid-murid yang terlibat dalam lakonan ini ialah :
Kushiala (Watak Mak Banang
Jaya Naveen ( Watak Si Bading )
AnandaJothy ( Watak Jin Pakai Toncit)
Vinesh (Watak Pak Mat)
Teesha ( Mak Nenng)
Niveetha ( Siti Payung )
Neesha ( Mak Dara )
DivyaDarshini (Suara Latar)
Tahniah diucapkan kepada semua murid yang mengambil bahagian dalam persembahan Teater Si Bading .Mereka telah mempersembahkan teater ini dengan begitu cemerlang sekali. Terima kasih juga kepada semua warga sekolah yang bertungkus lumus menyiapkan persiapan untuk teater seperti menyiapkan prop dan sebagainya.

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-35
Mesyuarat
Agung PIBG kali ke -35 telah
diadakan pada 21 Mac 2013 .
Mesyuarat ini berlangsung dari jam 2.00 petang hingga jam 6.30 petang. Pendaftaran kehadiran para waris diadakan
pada jam 2.00 petang. Mesyuarat Agung
PIBG pada kali ini telah dirasmikan oleh YB Dr Cheah Soon Hai. Mesyuarat
ini juga telah memilih jawatankuasa baharu bagi tahun ini.
Mesyuarat Agung PIBG tamat pada pukul 6.30 petang. Tahniah kepada semua AJK yang telah terpilih.
Subscribe to:
Posts (Atom)