Berita baik kepada semua warga SJKT Barathy! Sekolah kita telah tercalon untuk new deal!
Thursday, January 16, 2014
Wednesday, January 1, 2014
Lawatan Kerja Tuan P.Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan II ke SJKT Barathy
Hari ini merupakan hari pertama persekolahan sesi 2014. Pada hari ini
juga, sekolah telah dikunjungi oleh Tuan P.Kamalanathan , Timbalan
Menteri Pendidikan II, Tuan Hj Mansor Latt, Pengarah Pendidikan
Negeri Kedah, pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah,
Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah , para waris dan pemberita-pemberita
dari RTM dan TV3.
Sesungguhnya, warga sekolah amat terharu dan berbesar hati dengan kunjungan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan II ke sekolah pada hari ini. Banyak perkara turut diperbincangkan antara pihak pengurusan sekolah dan PIBG dengan Yang Berhormat demi kemajuan dan pencapaian sekolah yang lebih baik.
Sesungguhnya, warga sekolah amat terharu dan berbesar hati dengan kunjungan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan II ke sekolah pada hari ini. Banyak perkara turut diperbincangkan antara pihak pengurusan sekolah dan PIBG dengan Yang Berhormat demi kemajuan dan pencapaian sekolah yang lebih baik.
Dalam lawatan ini, Yang Berhormat turut memuji pihak sekolah kerana dapat melaksanakan program-program demi kecemerlangan sekolah dan kesejahteraan warga sekolah. Beliau turut berbangga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh pihak sekolah dan PIBG dalam membangunkan serta menjayakan pelbagai program yang dianjurkan.
Tuesday, December 31, 2013
Pendaftaran Tahun Satu 2014
Sesi pendaftaran Tahun Satu bagi sesi persekolahan 2014 telah diadakan pada 31 Disember 2013. Seawal 8.30 pagi lagi para waris telah tiba di sekolah bagi mendaftar anak-anak mereka ke Tahun Satu. Sebelum sesi pendatfaran bermula, Puan S.Amuniayyamal selaku Guru Besar SJKT Barathy telah memberikan taklimat kepada para waris. Pendatfaran murid Tahun Satu 2104 dijalankan setelah selesai kudapan iaitu kira-kira jam 10.15 pagi.
Saturday, December 28, 2013
Bergotong-royong
Pada 28 Desember 2013, satu gotong-royong membersihkan kawasan sekolah telah diadakan. Memandangkan bangunan sekolah yang baru sahaja siap dengan kerja-kerja penambaikan maka memang banyak lah kerja-kerja yang perlu dibuat. Antaranya membersihkan seluruh kelas dan kawasan sekeliling sekolah. Perabot-perabot serta kerusi meja di dalam kelas juga harus disusun dan dibersihkan sebelum memulakan memulakan sesi persekolahan tahun 2014.
Pihak sekolah telah mendapat kerjasama yang amat baik daripada PIBG sekolah. Di mana, guru-guru dan para waris berganding bahu bergotong -royong
membersihkan kelas-kelas dan bangunan sekolah yang lain sebagai
persiapan sesi persekolahan 2014. Terima kasih kepada semua yang
terlibat. Semangat kerjasama seperti ini sememangnya sangat-sangat diperlukan . Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu.
Saturday, November 30, 2013
Kejayaan Dalam UPSR 2013
Pada 14 November 2013, keputusan UPSR 2103 diumumkan. Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam UPSR. Kepada yang kurang berjaya, tingkatkan usaha untuk memperbaiki pencapaian di sekolah menengah nanti.
Pada tahun ini, seramai 7 orang murid telah mendapat keputusan yang
cemerlang iaitu 7A dalam semua mata pelajaran. Murid-murid tersebut
ialah M.Vinesh, J.Jayanaveen, Leveneswaran, DivyaDharshini, Harishwaran,
AnandaJodhi dan Jochim.
Murid-murid yang cemerlang ini telah menerima 'buah tangan' daripada guru-guru dan juga pihak penguasa kantin sekolah.Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua murid yang berjaya, dan tak ketinggalan juga kepada semua guru, khususnya guru-guru Tahun Enam yang bertungkus lumus berusaha memantapkan pencapaian dengan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program. Tahniah juga kepada Puan Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan yang banyak membantu guru-guru serta para pelajar dalam merealisasikan kejayaan ini.
![]() |
| 7 orang murid yang mendapat 7A |
Murid-murid yang cemerlang ini telah menerima 'buah tangan' daripada guru-guru dan juga pihak penguasa kantin sekolah.Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua murid yang berjaya, dan tak ketinggalan juga kepada semua guru, khususnya guru-guru Tahun Enam yang bertungkus lumus berusaha memantapkan pencapaian dengan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program. Tahniah juga kepada Puan Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan yang banyak membantu guru-guru serta para pelajar dalam merealisasikan kejayaan ini.
![]() |
| Hadiah daripada Pengusaha Kantin Sekolah SJKT Barathy |
![]() |
| Hadiah daripada Guru Besar, Puan S.Amuniyammal |
![]() |
| Hadiah daripada Cikgu Che ku Nor Azizah |
Wednesday, November 13, 2013
Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2013
Hari Anugerah Cemerlang merupakan salah satu daripada acara tahunan sekolah.
Sekolah
amat mementingkan kecemerlangan murid dari segi akademik dan bukan akademik.
Oleh itu, segala kecemerlangan yang dicapai wajar diberi pengiktirafan oleh
pihak sekolah. Hari Anugerah Cemerlang yang diadakan pada setiap tahun adalah
satu medium bagi sekolah meraikan murid-murid yang menunjukkan potensi dan
kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan diri. Adalah menjadi harapan
pengiktirafan ini dapat menjadi motivasi kepada setiap murid untuk mencontohi
atau mengulangi kejayaan yang sama atau lebih baik pada tahun berikutnya.
Pada tahun ini, Hari Anugerah Cemerlang (HAC) telah diadakan pada 13 November 2013 bertempat di dewan sekolah. Beberapa hari sebelum berlansungnya HAC, guru-guru bertungkus lumus bekerjasama menyiapkan persiapan. Antaranya, termasuk lah membuat latihan untuk persembahan, menguruskan hadiah , menghias dewan dan pentas serta pelbagai kerja buat lain. Penglibatan semua guru serta hasil kerjasama semua pihak telah berjaya melancarkan sambutan HAC pada tahun ini.
Seperti tahun-tahun sudah, sambutan daripada para waris amat menggalakkan. Tahniah kepada semua!
![]() |
| Vinesh dipilih sebagai Tokoh Murid 2013 |
![]() |
| Gogulan danVengadesh cemerlang dalam aktiviti unit beruniform TKRS. |
![]() |
| Persembahan Tarian daripada murid-murid Tahun 3 |
![]() |
| Hadiah NILAM |
![]() |
| Murid-murid yang berjaya dalam Pertandingan Sains |
![]() |
| Cenderamata untuk AJK PIBG |
![]() |
| Murid-murid yang terlibat dalam Pertandingan uReka |
![]() |
| Gugolan dinobatkan sebagai Tokoh Kukurikulum 2013 |
![]() |
| Murid-murid yang melakarkan sejarah SJKT Barathy dengan kejayaan mereka dalam Pertandingan Drama Bahasa Malaysia Peringkat Kebangsaan. |
![]() |
| Pasukan BolaSepak Sekolah |

![]() |
| Pelajar UPSR Tahun 2012 |
![]() |
| Pra Sekolah SJKT Barathy |
![]() |
| Drama |
![]() |
| Adik Kushiala yang cemerlang dalam Pertandingan Syarahan dan Drama |
Subscribe to:
Posts (Atom)











































