Wednesday, January 1, 2014

Lawatan Kerja Tuan P.Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan II ke SJKT Barathy

 Hari ini merupakan hari pertama persekolahan sesi 2014. Pada hari ini juga, sekolah telah dikunjungi oleh Tuan P.Kamalanathan , Timbalan Menteri Pendidikan II, Tuan Hj Mansor Latt,  Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah , para waris dan pemberita-pemberita dari RTM dan TV3.

 Sesungguhnya, warga sekolah amat terharu dan berbesar hati dengan kunjungan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan II ke sekolah pada hari ini. Banyak perkara turut diperbincangkan antara pihak pengurusan sekolah dan PIBG dengan  Yang Berhormat demi kemajuan dan pencapaian  sekolah yang lebih baik.

Dalam lawatan ini, Yang Berhormat turut memuji pihak sekolah kerana dapat melaksanakan program-program demi kecemerlangan sekolah dan kesejahteraan warga sekolah. Beliau turut berbangga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh pihak sekolah dan PIBG dalam membangunkan  serta menjayakan pelbagai program yang dianjurkan.

No comments: