Bengkel KBAT (Kemahiran Berfikir Aras TInggi Dalam PdP) telah diadakan di sekolah pada hari Khamis 22 Januari 2015 Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Hajar binti Lat, (School Improvement Partner).
Dalam bengkel ini, guru-guru telah diberi pencerahan mengenai kaedah-kaedah yang boleh digunakan melalui pendekatan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi serta cabaran-cabaran dalam KBAT. Guru-guru juga diberi tunjuk cara membuat peta pemikiran menggunakan I-Think. Guru-guru seterusnya telah membuat contoh-contoh latihan dan aktiviti menggunakan 8 peta pemikiran dalam I-Think.
No comments:
Post a Comment