Monday, March 4, 2013

Pelancaran Program Mentor Mentee



Pada 17 Februari 2013, SJKT Barathy  telah  melancarkan   satu program khas untuk murid-murid Tahun Enam iaitu Program Mentor  Mentee. Program tersebut antara lain bertujuan untuk membantu murid-murid Tahun Enam dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

                   Sistem Mentor Mentee merupakan satu bentuk sistem komunikasi dua hala. Pelajar dan penasihat hendaklah berjumpa (apabila perlu) untuk berbincang secara terbuka mengenai apa jua bentuk masalah yang dihadapi terutamanya mengenai mata pelajaran. Seorang mentor diberikan 2 hingga 3 orang mentee. 

                   Matlamat utama diadakan Program Mentor Mentee ialah untuk mewujudkan saluran perhubungan bagi membolehkan pelajar mengadu sebarang masalah khususnya dalam hal-hal akademik dan mengatasinya dengan mendapatkan nasihat daripada mentor masing-masing. Usaha sedemikian perlu dilaksanakan bagi membantu pelajar mengatasi kelemahan yang dihadapi dalam aspek akademik secara berterusan.

                   Melalui program ini, pelajar akan sentiasa berurusan dengan mentor dalam pelbagai perkara. Selain itu juga, sistem ini akan mengeratkan hubungan antara pelajar dengan mentor juga dapat mengeratkan  hubungan pelajar dengan pelajar melalui aktiviti yang dianjurkan mentor.





















No comments: