Thursday, January 19, 2012

SAMBUTAN PONGGAL 2012 PERINGKAT SEKOLAH

YDP PIBG SJKT Barathy, Encik Thiru Chandru sedang mengikat batang tebu.

Pada 18 Januari yang lalu, SJKT Barathy telah mengadakan Sambutan Perayaan Ponggal pada peringkat sekolah. Antara objektif sambutan ini diadakan adalah untuk menerangkan mengenai sejarah dan keunikan perayaan tradisional kaum India seperti Ponggal kepada para pelajar. Di samping itu juga, sambutan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi perpaduan yang sedia terjalin di antara murid-murid dan guru-guru di sekolah ini dengan murid-murid dan guru-guru di sekolah yang berdekatan.

Program ini turut melibatkan aktiviti RIMUP, di mana murid-murid Melayu dari sekolah-sekolah yang berdekatan iaitu dari SK Tunku Abdul Halim dan dan SK Hj Mohd Sharif telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam beberapa acara. Antaranya ialah acara membuat Ranggoli Kolum, mengikat Malai dan Toranam. Aktiviti ini nyata telah memberi pendedahan kepada mereka mengenai kebudayaan kaum India dan ini sekali gus telah juga dapat mengeratkan perpaduan antara kaum.

Sambutan Ponggal kali ini disambut dengan begitu meriah sekali. Para waris turut hadir bagi memeriahkan lagi sambutan pada kali ini. Acara dimulakan seawal jam 7:30 pagi dengan pertandingan memasak nasi Ponggal . Program RIMUP pula dijalankan pada jam 10 pagi. Hadiah-hadiah serta sijil-sijil kepada murid-murid telah disampai oleh Encik Lee,Pegawai Penyelia Sekolah-sekolah Tamil dan Cina Daerah Kota Setar,
Cikgu Kathiravan sedang memberi tunjuk ajar kepada murid-murid cara mengikat bunga malai.

Seorang murid dari SK Hj Mohd Sharif sedang belajar mengikat malai.


Murid-murid Sekolah Kebangsaan Hj Mohd Sharif dan Sk Tunku Abdul Halim mencuba bakat membuat kolum



Salah seorang AJK PIBG SJKT Barathy sedang menunjukkan cara-cara mengikat Toranem kepada murid-murid SK Hj Mohd Sharif dan SK Tunku Abdul Halim.



No comments: