Thursday, September 29, 2016

Lawatan Penanda Aras kali ke-3

Pada hari Rabu , 28 September 2016, SJKT DarulAman telah mengadakan Lawatan Penanda Aras di  SJKT Barathy. Program Lawatan Penanda Aras ini merupakan kunjungan kali ketiga. Sebelum ini, SJKT Arau Perlis dan SJKT Thiruvallur telah mengadakan lawatan penanda aras ke SJKT Barathy.

Rombongan ini disertai seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru, staff sokongan,  para waris dan murid-murid SJKT DarulAman.   Rombongan telah dibawa melawat Kelas-kelas Alaf Ke-21 dan  telah diberikan  penerangan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Kalaishelvi.





































Sunday, June 14, 2015

Aktiviti Masa Cuti

Sepanjang cuti penggal pertama, SJKT Barathy telah mengadakan bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan kepada murid-murid Tahun Enam yang bakal menduduki UPSR nanti. Program ini melibatkan semua subjek yang diuji dalam UPSR iaitu Bahasa Melayu , Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Penceramah-penceramah dari luar telah dijemput untuk menyampaikan ceramah.

Selain ceramah bengkel teknik menjawab soalan, sepanjang cuti penggal ini turut dijalankan kelas tambahan. Kelas-kelas tambahan yang dijalankan melibatkan kelas tahun dua hingga tahun enam. Bagi kelas tahun 2 hingga 5, kelas tambahan yang dijalankan adalah khusus bagi murid-murid lemah yang kurang menguasai kemahiran membaca,menulis dan mengira.

Wednesday, May 27, 2015

Acara Merentas Desa 2015

.Acara merentas desa SJKT  Barathy  telah dijalankan pada hari Khamis 27 Mei 2015.Semua murid , dari Tahun Satu hingga Tahun Enam terlibat dalam acara ini.  Sebelum larian bermula, semua murid bersenamrobik bersama-sama sebagai aktiviti memanaskan badan.
Murid bersenamrobik sebagai aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan larian.

Guru Besar , Encik S.Elanggo dan Encik Muthu, wakil YDP PIBG telah melepaskan para peserta larian. Acara larian merentas desa ini turut melibatkan para waris, di mana para waris turut terlibat sebagai pegawai check point. Hadiah-hadiah yang berupa medal telah disampaikan kepada para pemenang sejurus selesai semua acara larian. Tahniah kepada semua  pemenang dan syabas juga kepada semua yang telah mengambil bahagian.

Para waris turut mengambil bahagian sebagai pegawai check point.

En.Muthu dan Tuan guru besar, En.S.Elanggo bersedia untuk melepaskan para peserta.

Para peserta memulakan larian.



Antara waris yang menyumbang tenaga dalam menjayakan larian Merentas Desa kali ini.



    
Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.
 







Sunday, March 22, 2015

Aktiviti Sempena Bulan Antidadah 2015

Sempena dengan Bulan Antidadah Peringkat Sekolah, satu persembahan drama  pendek telah diadakan semasa perhimpunan pagi. Persembahan tersebut telah dijayakan oleh murid-murid Tahun Lima dan Enam. Persembahan berkisar kepada monolog antara rokok, jarum pencucuk dan penagih dadah mengenai kemusnahan dan kerosakkan fizikal dan mental akibat penyalahgunaan dadah.