Wednesday, May 18, 2011
Tuesday, May 10, 2011
Bengkel Penulisan Bahasa Melayu


Panitia Bahasa Melayu SJK(T) Barathy telah mengambil inisiatif mengadakan Bengkel Menjawab Soalan Bahasa Malaysia Penulisan untuk murid-murid Tahap Dua. Bengkel ini dijalankan sebanyak 3 kali iaitu pada sebelah petang sewaktu sesi Kelas Tambahan. Murid-murid didedahkan dengan cara yang tepat menjawab soalan penulisan Bahagian A, B dan C. Bengkel ini telah disampaikan oleh Puan Che ku Nor Azizah bt Che ku Hassan dan Puan M.Ananda Kitha. Monday, April 25, 2011
Pertandingan Kempen Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan

Pada 21 April 2011, telah dijalankan Kempen Bahasa Melayu bagi Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan. Antara acara yang dipertandingkan ialah Pertandingan Syarahan dan Pertandingan Kuiz Bahasa Melayu.
SJK(T) Barathy turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Seorang murid telah mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan malahan 4 yang lain terlibat dalam pertandingan kuiz Bahasa Melayu. Dalam pertandingan Syarahan, S.Kalaivani , murid Tahun Enam SJK(T) telah berkongsi tempat pertama dengan salah seorang peserta dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. S.Kalaivani akan mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri yang akan berlangsung di Kulim nanti. Panitia Bahasa Melayu, semua guru dan semua warga sekolah amat berbangga dengan kejayaan S.Kalaivani. Tahniah dan syabas!
Wednesday, April 6, 2011
PERTANDINGAN MENGEJA BAHASA INGGERIS
Tarikh : 6 April 2011
Masa : 10 pagi
Tempat : Kantin SJK(T) Barathy.
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah menganjurkan Pertandingan Mengeja Bahasa Inggeris pada 6 April 2011. Pertandingan ini melibatkan semua murid Tahap 2 iaitu murid Tahun Empat , Lima dan Enam di 683 buah sekolah di negeri Kedah.
Pertandingan ini berjalan serentak di seluruh negeri di mana pertandingan ini disiarkan secara langsung menerusi Radio Kedah FM. Murid-murid Tahap Dua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Barathy turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Murid-murid mengeja 30 patah perkataan yang diperdengarkan melalui Radio Kedah FM pada pukul 10 pagi. 

Seramai enam orang pemenang terbaik telah dipilih untuk menerima hadiah. Seterusnya seorang daripada keenam-enam pemenang ini akan dipilih untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah.
Wednesday, March 30, 2011
Bumbung Terbang
Satu kejadian ribut yang disertai dengan angin kencang luar biasa telah melanda beberapa kawasan sekitar Alor Setar. Ribut yang melanda di kawasan ini telah menerbangkan bumbung tapak perhimpunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Barathy, Jalan Stadium dan bumbung tiga bilik darjah sekolah berkenaan.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, K Maniam berkata, akibat kejadian itu bekalan elektrik bagi bangunan tiga buah bilik darjah itu turut terputus.
Menurutnya, kejadian berkenaan tidak membabitkan kemalangan jiwa kerana semua pelajar dan kakitangan pelajar sudah pulang. Kejadian itu turut mendapat perhatian ADUN Derga, Dr Cheah Soon Hai. Kerugiaan adalah dianggarkan sebanyak hampir RM50,000.00.


