Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Kedah. Seramai 80 orang murid yang mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini telah turut hadir dan menerima hadiah daripada Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah. Seramai 5 orang murid SJKT Barathy turut sama menerima hadiah. Mereka ialahVinesh, Harishwaran, Kaviraj, Leveneswaran dan Divya Dashini. Tahniah diucapkan.
Wednesday, September 4, 2013
Program Kecemerlangan UPSR Sekolah2 Rendah Kompleks Pendidikan
Pada 3 September 2013, berlangsung di Dewan Asshariff, SK HJ Mohd Shariff, telah dijalankan satu program iaitu Program Kecemerlangan UPSR Sekolah2 Rendah Kompeks Pendidikan di Bawah Program Transformasi Pendidikan Daerah (DTP).
Perjumpaan Waris & Penyampaian Hadiah Galakan UPSR
Satu majlis perjumpaan dengan para waris Tahun Enam telah diadakan pada 29 Ogos 2013 yang lalu. Dalam perjumpaan pada kali ini, satu perbincangan antara guru dan para waris telah jalankan demi mencari jalan yang terbaik untuk meningkatkan pencapaian murid-murid dalam UPSR nanti. Perjumpaan kali ini turut disertai oleh calon-calon UPSR. Guru Besar telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada murid-murid yang mencapai keputusan yang baik dalam percubaan UPSR baru-barui ini. Sebagai galakan kepada murid-murid lain, hadiah-hadiah turut diberikan kepada semua murid yang telah lulus semua mata pelajarandalam peperiksaan percubaan.
Thursday, July 18, 2013
Naib Johan Pertandingan EUREKA
Pada 8 Julai 2013, satu Karnival Sains dan Teknlogi telah diadakan di SMK Agama Kedah. SJKT Barathy turut mengambil bahagian dalam kategori EUREKA Sekolah Rendah. Dalam pertandingan ini, SJKT Barathy telah menang hadiah tempat kedua (Naib Johan) dalam Pertandingan KategoriEUREKA Sains Sekolah Rendah bagi daerah Kota Setar pada 8 Julai 2013 yang lalu. Pertandingan tersebut diadakan di SMK Agama Kedah.. Tahniah kepada semua murid dan guru yang terlibat
.
.
Tuesday, July 16, 2013
Pertandingan Bercerita
Pertandingan Bercerita Sains dalam bahasa Inggeris peringkat PKG AlorJanggus telah diadakan pada 8 Julai 2013. Adik M.Vinthia yang mewakili SJK(T) Barathy telah mendapat te, tiga. Tahniah diucapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






















































