Pada tahun ini, SJK(T) Barathy akan turut sama mengambil bahagian dalam Pertandingan Teater Bahasa Malaysia bagi sekolah-sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan. Pertandingan Teater ini adalah anjuran Fenomena Seni Pentas dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia) serta Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertandingan bagi peringkat negeri akan dijalankan pada 29 Mac 2013 bertempat di Kompleks Budaya Negeri Kedah. Kumpulan teater SJKT Barathy yang terdiri daripada 9 orang murid dilatih oleh guru sekolah ini sendiri iaitu Cikgu Kathiravan dan Cikgu Che ku Nor Azizah.
Wednesday, February 13, 2013
Aktiviti Kokurikulum Bermula
Aktiviti kokurikulum di SJK(T) sudah bermula!
Kali ni, beberapa kelab baru ditubuhkan. Antaranya kelab invotif dan kreatif serta kelab seni dan kebudayaan. Manakala dalam aktiviti permainannya pula termasuklah permainan bola jaring, hoki dan bola sepak. Seronok murid-murid apabila dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum terutama aktiviti di padang.
Kali ni, beberapa kelab baru ditubuhkan. Antaranya kelab invotif dan kreatif serta kelab seni dan kebudayaan. Manakala dalam aktiviti permainannya pula termasuklah permainan bola jaring, hoki dan bola sepak. Seronok murid-murid apabila dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum terutama aktiviti di padang.
| Aksi murid-murid di padang |
| Seronok nya bila dapat bermain hoki di padang! |
![]() |
| Kelab Permainan Hoki |
![]() |
| Sedia untuk latihan kawad |
![]() |
| Pemilihan ahli jawatankuasa |
![]() |
| Ini dia AJK TKRS yang baru |
Friday, February 8, 2013
CAKNA BACA
Antara
program yang dirancang untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca
dalam kalangan murid adalah dengan melaksanakan Program Cakna Baca.
Program ini dijalankan pada waktu pagi iaitu pada jam 7.30 pagi hingga
7.45 pagi. Semua murid akan membaca bahan bacaan yang telah disediakan
oleh guru pada setiap pagi sebelum bermulanya sesi pengajaran dan
pembelajaran pada hari itu.
Sambutan Pesta Ponggal 1Malaysia
Sambutan Pesta Ponggal 1Malaysia telah
diadakan di perkarangan tapak perhimpunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Barathy pada 1 Februari 2013. Pesta Ponggal 1Malaysia ini dianjurkan oleh
Pergerakan Wanita MIC dengan kerjasama pihak sekolah.
Matlamat utama Pesta Ponggal 1Malaysia ini adalah untuk
memupuk semangat perpaduan dan saling hormati-menghormati antara kaum . Di samping itu juga, aktiviti seperti ini akan mampu mewujudkan semangat
berpasukan,bertoleransi serta keprihatinan
dalam kalangan rakyat yang berbagai-bagai kaum bagi memastikan
kesejahteraan dan kerukunan hidup terus terjalin.
Sambutan Pesta Ponggal 1Malaysia ini
sangat meriah. Pelbagai kaum turut
mengambil bahagian dalam pesta ini.
Sebanyak 70 buah dapur telah disediakan oleh penganjur bagi tujuan
memasak nasi Ponggal.
Pesta Ponggal 1Malaysia kali ini telah dirasmikan oleh Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung. Dalam ucapan
tersebut, beliau menyeru semua yang
hadir agar dapat terus menzahir dan
mengekalkan semangat perpaduan antara rakyat Malaysia tanpa mengira kaum . Menurut beliau lagi, pihak kerajaan sentiasa
mementingkan pemupukan semangat perpaduan ini demi kelangsungan kesejahteraan
yang sedang kita kecapi hingga ke hari
ini. Turut hadir pada hari tersebut
adalah ADUN Kawasan Derga YB Dr. Cheah Soon Hai dan Datuk
Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.
Hadiah-hadiah sagu hati turut
disediakan oleh pihak pengajur untuk semua yang mengambil bahagian dalam
memasak acara memasak nasi Ponggal. Di samping itu juga, hadiah-hadiah berupa
hamper bagi acara cabutan bertuah telah turut disediakan . Puan Guru Besar SJK(T)
Barathy, Puan S.Amuniyammal dan para VIP yang lain telah menyampaikan
hadiah-hadiah tersebut kepada peserta dan pemenang cabutan bertuah.
Friday, February 1, 2013
Apa itu FROG VLE
Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk
membangunkan modal insan dan penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan
Projek 1BestariNet, yang merupakan inisiatif Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam menerajui transformasi pendidikan dengan
menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia.
Pihak
YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan
Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform pendidikan di Malaysia
serta merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar.
Di
bawah projek 1BestariNet, 10,000 buah sekolah akan dilengkapi dengan
perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband)
berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah Persekitaran Pembelajaran Maya
iaitu frog Virtual Learning Environment (VLE) untuk pengajaran dan pembelajaran
tanpa batasan.
Kebanyakan
generasi muda hari ini amat arif dalam penggunaan Internet dan banyak masa
diluangkan dengan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, MySpace
dan YouTube. Budaya dan cara mereka memproses maklumat sering berubah dan
guru perlu mengambil langkah seiring dengan perubahan ini. Inilah masanya untuk
kita sebagai guru membabitkan diri dalam dunia pelajar melalui frog VLE.
Melalui projek 1BestariNet ini, cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran
pasti akan berubah, sekaligus meningkatkan minat belajar dalam kalangan
generasi muda ini.
Dalam
dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi
terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kehadiran frog VLE
dapat membantu guru-guru berkomunikasi dan berinteraksi dengan para pelajar
dengan lebih berkesan bukan sahaja di dalam kelas, malah di mana sahaja mereka
berada. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer, pelayar (browser), dan
sambungan Internet. Menerusi projek 1BestariNet ini, setiap guru akan diberi
satu ID Pengguna yang unik dan pelbagai fungsi. Para guru boleh menggunakannya
untuk:
· Mengakses
platform frog VLE
· Mengakses
emel peribadi Yes
· Mengakses
semua enjin maya pendidikan yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa
seperti Khan Academy dan YouTube Education.
Dengan
ini, setiap guru dan pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf
dunia yang boleh dicapai di dalam dan di luar sekolah pada bila-bila masa, di
mana jua.
Kursus Dalaman FROG VLE
Pada 30 Januari yang lalu, satu kursus dalaman (LDP) berkenaan FROG VLE telah diadakan di sekolah. Kursus yang berlangsung dari jam 2 petang hingga 5 petang , bertempat di Makmal ICT SJKT Barathy itu telah disertai sebahagian besar guru-guru. Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Usha dari FROGASIA. Banyak ilmu pengetahuan yang berguna telah dicurahkan kepada guru-guru sekolah ini. Terima kasih diucapkan kepada Puan Usha yang begitu bersungguh-sungguh memberi tunjuk ajar kepada semua guru mengenai FrogVLE ini.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































