Wednesday, September 14, 2011

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH







Selamat menjalani UPSR kepada semua murid Tahun Enam SJKT Barathy. Semua guru, para waris dan seluruh warga sekolah sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya




Hari ni diadakan majlis ringkas tetapi penuh bermakna, iaitu majlis ringkas sambutan pra hari raya untuk warga SJKT Barathy yang beragama Islam. Kelab Guru SJKT Barathy yang begitu prihatin telah sudi menyediakan hamper-hamper kepada guru, semua staff sokongan , para pekerja swasta dan murid-murid yang beragama Islam. Murid-murid yang beragama Islam turut menerima duit raya. Syabas kepada semua ahli Kelab Guru SJKT Barathy di atas keprihatinan dan kecaknaan semua.
.
En. Balendran menyerahkan hamper kepada Puan Che ku Nor Azizah

Cik Era, Juruteknik ICT sekolah menerima hamper daripada Guru HEM SJKT Barathy

Mas, kerani sekolah turut menerima hamper daripada En. Balendran




Monday, August 22, 2011

Program Ihya Ramadhan

Pada hari ini, bersempena dengan bulan Ramadhan, Jawatankuasa Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah-sekolah Dalam Kompleks dengan kerjasama Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Kedah telah mengadakan Program Ihya Ramadhan.. Program ini dijalankan di Dewan al-Farabi. Antara pengisian program ini adalah, bacaan Yassin dan Doa Selamat dan penyampaian sumbangan duit raya kepada murid-murid miskin di sekolah-sekolah dalam Kompleks Pendidikan. Dua orang murid SJKT Barathy turut menerima sumbangan duit raya , iaitu Mohammad Abdullah dan Harun.

Wednesday, August 10, 2011

MAJLIS PERSARAAN PUAN G.TANAPAKIAM


Hari ini merupakan hari terakhir perkhidmatan Puan G.Tanapakiam sebagai seorang guru. Kelan Guru SJKT Barathy telah mengadakan satu majlis untuk memperingati jasa-jasa Puan G.Tanapakiam. Majlis Persaraan tersebut telah berlangsung dengan meriahnya.

Berikut adalah biodata Puan G.Tanapakiam:

Dilahirkan pada tanggal 11 Ogos 1953 di sebuah kampung di Perak iaitu Kampung Abdullah, Kampar,Perak. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang ramai di mana adik-beradiknya adalah seramai 10 orang. Ayah beliau bekerja sebagai buruh manakala ibunya tidak bekerja dan hanya menguruskan rumahtangga. Hidup dalam serba kesederhanaan ini telah menjadikan beliau seorang yang tabah dan kuat semangat .

Pada 21 November 1982, beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan insan yang dicintainya. Suami beliau, Encik G.Selladoyan juga merupakan seorang guru. Hasil perkongsian hidup beliau dan suami, beliau telah dikurniakan dua orang cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua orang anak beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat yang membanggakan di mana salah seorang anak beliau kini melanjutkan pelajaran di Russia dalam bidang perubatan.

Puan Tanapakiam mula bertugas sebagai seorang guru pada tahun 1976. Di mana SJK(T) Sg Siput, di Perak merupakan tempat pertama beliau bertugas. Pada tahun 1977, beliau bertukar ke SJK(T) Mambang Di Awan, Kampar, Perak. Setahun kemudian, bertukar ke SJK(T) Ladang Soon Lee, Bagan Serai Perak. Manakala pada tahun 1979, beliau telah bertugas di SJK(T) Ladang Gedung, Bagan Serai dan mengajar di sana selama 4 tahun. Pada tahun 1983, Puan Tanapiam bertukar ke SJKT Barathy iaitu selama 8 tahun. Seterusnya beliau berpindah ke SJKT Ladang Jabi iaitu pada tahun 1991 hingga 1996. Beliau kemudiannya sekali lagi bertukar ke SJKT Barathy iaitu pada tahun 1996 hinggalah pada hari ini 10 Ogos 2011.

Puan Tanapakiam merupakan seorang guru yang berdedikasi dan mempunyai sentiasa bersemangat semasa menjalankan tugas, baik tugasan di bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Beliau seorang yang suka berterus terang, tidak suka berselindung di samping juga merupakan seorang guru yang tegas semasa menjalankan tugasnya sebagai seorang guru. Sungguhpun begitu beliau mempunyai sikap keibuan yang tinggi. Keprihatinannya bukan sahaja terhadap kebajikan murid-murid, malahan juga kepada guru-guru yang sentiasa mesra dan dekat dengan beliau. Kami warga SJKT Barathy sesungguhnya amat terhutang budi kepada Puan Tanapakiam. Budi baik cikgu akan kami kenang selama-lamanya.




Monday, July 25, 2011

Hadiah sebagai Penggalak Pencapaian


Dalam perhimpunan pagi 24 Julai yang lepas, nurid-murid Tahun Enam yang berjaya mencapai keputusan yang baik dalam Peperiksaan Percubaan UPSR telah diberikan hadiah. Hadiah-hadiah tersebut adalah sumbangan daripada seorang penderma iaitu Encik K.Nagarajen, seorang ahli perniagaan yang juga merupakan bekas pelajar di SJKT Barathy. Beliau bermurah hati menyumbangkan hadiah-hadiah kepada murid-murid yang berjaya mendapat keputusan yang baik dan juga kepada murid-murid lemah yang telah menunjukkan peningkatan pencapaian.

Sesungguhnya, penyampaian hadiah seperti ini mampu menggalakkan murid-murid untuk terus berlumba-lumba mencapai kejayaan dalam peperiksaan. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kash kepada Encik K. Nagararen di atas keperihatinan dan budi baik beliau memberkan sumbangan dalam usaha memotivasikan murid-murid untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.

Sunday, July 24, 2011

Perhimpunan Pagi- Kunjungan Ketua Sektor Sumber Manusia JPN

Pada 17 Julai 2011 yang lalu, SJKT Barathy menerima kunjungan Ketua Sektor Sumber Manusia JPN Kedah, Tuan Haji Mohammad bin Abdul Hamid. Beliau telah menyampaikan ucapan pada perhimpunan pagi dan turut menyampaikan hadiah-hadiah kepada beberapa orang murid.



Menyemat lencana NILAM kepada adik Nivitha .

Saturday, July 2, 2011

Program Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia


Program Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah diadakan di seluruh Malaysia pada hari ini 2 Julai 2011. SJK(T)Barathy turut sama melaksanakan program tersebut pada peringkat sekolah. Program ini melibatkan semua warga sekolah termasuklah ibu bapa dan para waris. Laluan untuk Larian Serentak adalah sejauh 1.8 km iaitu mengikut trek merentas desa.

Selain acara dilakukan sempena Larian Serentak ini. Antaranya diadakan acara senamrobik sebagai aktiviti memanaskan badan sebelum acara larian dijalankan. Selepas tamat acara larian serentak , diadakan pula acara sukaneka dan membuat kolom. Semua acara ini melibatkan semua warga sekolah termasuk para waris. Sejurus tamat semua acara, telah dijalankan pula upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Acara berakhir pada jam 12.45 tengah hari.