Thursday, January 13, 2011

TERIMA KASIH DAUN KELADI


Pada hari ini, 13 Januari 2011, seorang penderma telah hadir ke sekolah untuk memberi sumbangan kepada murid-murid daripada keluarga miskin. Seramai 19 orang murid miskin telah menerima sumbangan berupa wang daripada En. Mohanadass dari Pertubuhan Jai Sri Ramakrishna , Alor Setar. Sumbangan ini bagi membantu ibu bapa melunaskan bayaran yuran khas dan keperluan pelajaran murid-murid. Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Mohanadass di atas keikhlasan beliau menderma untuk murid-murid miskin di sekolah ini.

Tuesday, January 11, 2011

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik






Seluruh negara telah mengadakan kempen ' Hari Tanpa Beg Plastik' Kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' ini bertujuan bagi membendung masalah pencemaran yang semakin berleluasa. Sebagai penggantinya, orang ramai digalakkan membawa beg sendiri semasa membeli-belah atau menggunakan beg mesra alam.

Warga SJK(T) Barathy dengan kerjasama Rotary Club Of Alor Setar telah mengadakan kempen menyintai alam sekitar tanpa penggunaan beg plastik. Pihak Rotary Club telah menyumbangkan ratusan beg-beg mesra alam kepada warga sekolah.

Sunday, January 2, 2011

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH



Diucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan warga sekolah SJK(T) Barathy. Semoga tahun 2011 akan meningkatkan kecemerlangan kepada warga sekolah.

Thursday, November 11, 2010

UPSR 2010




Tahniah kepada murid-murid yang berjaya dalam UPSR. Kepada yang kurang berjaya, teruskan usaha, jangan mudah mengalah. Tingkatkan lagi pencapaian semasa di sekolah menengah nanti.

Keputusan pada keseluruhannya memberangsangkan. Peratus kelulusan kesemua subjek telah meningkat sebanyak 20% iaitu dari 40% kepada 60%, Tahniah kepada semua murid dan syabas kepada semua guru, khasnya guru-guru Tahun Enam.

Thursday, October 21, 2010

Majlis Persaraan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah


Majlis persaraan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah telah dilangsungkan dengan penuh penuh gilang - gemilang sebagai menghargai jasa dan bakti yang telah beliau curahkan. Majlis ini diadakan di Dewan Al-Farabi pada malam 13 Oktober 2010. Guru Besar SJKT Barathy, Encik M.Arokkiasamy telah diberi penghormatan untuk berucap bagi mewakili semua pengetua dan guru besar-guru besar sekolah-sekolah di Kompleks Pendidikan ini. Pelbagai acara dilangsungkan, antaranya nyanyian dan juga teater bangsawan yang begitu menarik sekali.

Wednesday, October 20, 2010

Pogram RIMUP - pemangkin perpaduan kaum di Malaysia.



RIMUP ialah rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. Ia antara lain bertujuan bagi melahirkan insan-insan yang berlainan kaum, agama dan budaya dapat hidup dan bekerjasana dengan harmonis supaya mewujudkan masyarakat dan negara yang aman dan damai. RIMUP juga memberi peluang kepada guru-guru dan murid-murid dari sekolah berlainan aliran dapat berintegrasi dengan aktif dan positifnya.






Pada 10 September hingga 12 September 2010 yang lalu, JPN menganjurkan program RIMUP yang melibatkan sekolah-sekolah di Kompleks Pendidikan serta SJK(C) Kee Chee. Murid-murid dan guru-guru SJK(T) turut mengambil bahagian. Pelbagai aktiviti telah dilangsungkan. Pada hari pertama , diadakan senamrobik di Dewan AlFarabi , yang disertai oleh murid-murid RIMUP. Hari serusnya, dijalankan pula aktiviti mencari harta karun. SJK(T) pula dijadikan lokasi untuk acara permainan rakyat. Permainan rakyat daripada ketiga-tiga kaum ini telah diajar kepada murid-murid. Antara nya permainan Kodi-Kodi, Tarik Upih, Terompah Gergaji dan lain-lain lagi.

Kemuncaknya , dilangsungkan aktiviti persembahan kebudayaan. Aktiviti kebudayaan ini begitu menarik minat Tuan Pengarah Pelajaran. Antara persembahan kebudayaan yang dipertontonkan ialah Tarian India, Tarian Cina , Tarian Ulik Mayang, Koir dan nyanyian solo setiap kaum. Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid-murid dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program RIMUP.

Wednesday, September 29, 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan



Pada 29 September 2010, guru-guru SJKT Barathy mengikuti latihan dalaman yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Latihan dalaman ini dijalankan dari pukul 2:00 petang hingga 5:00 petang.

LDP ini merangkumi 3 tajuk yang disampaikan 3 orang penceramah. Tajuk pertama ialah Teaching of listening, speaking, reading and writing. Ia telah disampaikan oleh Puan Hemarani. Tajuk LDP kedua ialah Kreativiti dan Didik Hibur Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah. Tajuk ini telah disampaikan oleh Che ku Nor Azizah bt Che ku Hassan. Tajuk LDP ketiga ialah Penilaian Bahasa Melayu Penulisan (SJK) , telah disampaikan oleh Cik Saraspathy.