Sunday, September 26, 2010

Perhimpunan Pagi Bersama Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Kedah

Perhimpunan pada pagi ini diserikan lagi dengan kunjungan Tuan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Kedah Tuan Hj Munajat bin Tamben. Dalam ucapannya, beliau gembira kerana dapat bersama-sama menghadiri perhimpunan pagi di sekolah ini. Beliau menyeru kepada murid-murid supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. Beliau yakin suatu hari nanti, akan ada di kalangan murid-murid di sekolah yang mampu menjadi orang-orang yang berjasa atau menjadi pemimpin di masa akan datang.

Kepada Tuan Hj Munajat bin Tamren, Ketua Sektor Pengerusan Sekolah JPN Kedah, pihak sekolah amat berbesar hati di atas kesudian tuan.

Wednesday, September 22, 2010

UPSR datang lagi!


Selamat menduduki peperiksaan diucapkan kepada murid-murid yang mengambil UPSR . Pada tahun ini calon-calon UPSR SJKT Barathy adalah seramai 46 orang. Peperiksaan ini bermula pada 21 hingga 23 September. Semoga kejayaan akan mampu digapai!

Monday, August 30, 2010

Sambutan Kemerdekaan Kali Ke-53 Peringkat Kompleks Pendidikan Negeri Kedah






Pada 30 Ogos 2010, sambutan kemerdekaan kali ke-53 telah diadakan di peringkat Kompleks Pendidikan negeri Kedah. Program ini adalah anjuran bersama JPN, BTPN dan sekolah-sekolah dalam Kompleks Pendidikan. Antara sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Teknik, SM Darul Aman, SMK Mohamad al-Bukhary, SK Hj Mohd Syarif, SK Tunku Abdul Halim dan SJK(T) Barathy. Tema sambutan pada tahun ini ialah Malaysia Menjana Tranformasi.

Sunday, August 22, 2010

Perhimpunan Pagi Bersama Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah







Sekali lagi SJKT Barathy dikunjungi oleh pegawai-pegawai atasan JPN Kedah. Pada pagi ini majlis perhimpunan pagi turut disertai oleh Tuan Hj Shahidan bin Abdul Rahman, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah. Dalam majlis ini juga, Tuan Pengarah Pendidikan Negeri juga turut menanam sepohon pokok bunga raya sebagai simbolik kunjungan beliau yang bermakna di SJK(T) Barathy. Perjumpaan dan taklimat ringkas juga turut diadakan di Bilik Gerakan.

Tuesday, July 27, 2010

Perhimpunan Pagi- Kunjungan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah


Majlis perhimpunan pagi pada minggu ini iaitu pada tanggal 25 Julai telah diserikan dengan kehadiran Tuan Hj. Abdulullah bin Saad, iaitu Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah. Dalam ucapannya, beliau meminta murid-murid supaya lebih berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Banyak juga tips yang diberikan kepada murid-murid demi memajukan diri dalam pelajaran dan seterusnya dalam kehidupan mereka kelak. Tuan Haji Abdulllah juga telah sudi menyampaikan hadiah-hadiah kepada murid-murid yang berjaya mencapai kejayaan dalam beberapa pertandingan, seperti pertandingan futsal lelaki dan perempuan serta hadiah galakan murid membaca ( program NILAM).

Monday, July 26, 2010

Kursus LDP : Kecemerlangan Suatu Realiti



.
Satu Kursus Dalaman yang bertajuk Kecemerlangan Suatu Realiti telah dijalankan pada 12 Julai 2010 khusus untuk guru-guru di Kompleks Pendidikan Negeri Kedah. Ianya berlangsung pada di Pusat Sumber Pelajaran Negeri Kedah. Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Haji Munajat bin Tamrin, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Monday, July 19, 2010

Hari Anugerah Cemerlang 2010







Hari Anugerah Cemerlang SJK(T) Barathy telah berlangsung pada 1 Julai 2010 dengan jayanya. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya dan cuba dan usaha lagi kepada murid-murid yang kurang berjaya.