Wednesday, December 31, 2014
Thursday, November 13, 2014
Tahniah! Juara Pertandingan Penghasilan Dashboard Bengkel VLE
Sempena Karnival Pembestrian dan Teknologi Pendidikan anjuran BTPN Kedah, satu Pertandingan Penghasilan Dashboard Bengkel VLE telah dijalankan. Pertandingan yang dijalankan pada 13 November di Makmal SMK Darulaman ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Dalam pertandingan ini, para pelajar SJKT Barathy yang terdiri daripada 8 orang pelajar telah berjaya mendapat tempat pertama. Para pelajar ini telah mendapat bimbingan daripada Cikgu Encik Gopinathan yang juga merupakan Admin VLE Sjkt Barathy. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid dan guru yang terlibat.
Piala kemenangan |
Barisan pelajar yang terlibat dalam pertandingan penghasilan dashboard VLE. |
Cikgu Gopinathan yang juga merupakan admin VLE Sjkt Barathy menerima piala kemenangan. |
Sebelum pertandingan, murid-murid mendengar taklimat daripada pihak urus setia. |
Tuesday, November 11, 2014
Karnival Pembestarian dan Teknologi Pendidikan
Bertempat di BTPN Kedah, telah berlangsung Karnival Pembestarian dan Teknologi Pendidikan. Karnival ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 11November hingga 12 November 2014. Pelbagai acara dan pameran telah berlangsung. Murid-murid SJKT Barathy turut dibawa untuk melawat gerai-gerai pameran dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sana.
Majlis Perasmian Karnival Pembeestarian dan Teknologi Pendidikan |
Siva Vimalan menunjukkan dashboard VLE nya melalui komputer yang disediakan di kiosk VLE.
Murid-murid cuba aktiviti menaiki kereta kuda yang turut disertakan di tapak Karnival. |
Guru Besar, Puan S.Amuniyammal turut mengunjungi gerai-gerai pameran. |
Antara yang menang hadiah cabutan bertuah. |
Isi borang cabutan bertuah. |
Lawatan ke Pulau Pinang
Pada 11 November 2014, satu program lawatan ke Pulau Pinang telah diadakan. Murid-murid yang terlibat dalam lawatan ini terdiri daripada murid-murid Tahap Dua iaitu Tahun Empat, Lima dan Enam. Antara tempat-tempat menarik yang telah dilawati ialah, Bukit Bendera, Taman Rama-rama, Pagoda dan banyak lagi.
Aktiviti Selepas UPSR
Aktiviti membuat kraf tangan merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan selepas UPSR. Murid-mjurid Tahun Enam telah diajar membuat kraf yang mempunyai kemahiran asasnya menenun.
Alatan yang diperlukan ialah benang bulu kambing dan lidi. Dengan menggunakan teknik seperti kemahiran tenunan, murid-murid telah menghasilkan hasilan yang sangat menarik.
Sebagai menghargai hasil kerja murid, hadiah yang berupa hamper dan hadiah-hadiah lain telah diberikan kepada pemenang.

Saturday, November 8, 2014
Kejohanan Karate-Do
Kelab Karate-do SJKT Barathy telah menyertai Kejohanan Karate-do terbuka Daerah Kuala Muda kali ke-6. Kejohanan ini diadakan di Amanjaya Mall pada 8 November 2014. Syabas kepada semua ahli kelab yang telah menyertainya.
Wednesday, October 15, 2014
Program Sinar Pagi
PROGRAM SINAR PAGI
Program Sinar Pagi dijalankan pada 12 Oktober 2014. YDP PIBG Encik Thiru Chandru telah merasmikan program ini. Aktiviti ini bermula pada jam 7.45 pagi. Antara pengisian Program Sinar Pagi ini ialah ucapan alu-aluan oleh PK Pentadbiran Puan R.Sasik Kalah, Ucapan perasmian oleh YDP PIBG Encik Thiru Chandru, persembahan murid dan penyampaian hadiah kepada murid-murid dan guru-guru yang sentiasa awal datang ke sekolah.
MATLAMAT
Ø
Satu pendekatan berkesan
untuk membendung masalah social murid dan menangani gejala ponteng sekolah.
Ø
Melahirkan individu yang
baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah laku.
RASIONAL
Ø
Mengamalkan dan
membudayakan sikap kasih sayang terhadap sekolah.
JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT : Pn. S.Amuniyammal (Guru Besar)
PENGERUSI : Pn. S.Sasik Kalah (PK Pentadbiran)
TIM.PENGERUSI : Pn. C.Vasugi (PK
HEM)
En. R.Ramachandran (PK KK)
SETIAUSAHA : Pn. P.Kaviyaraci
PEN. SETIAUSAHA : En. S.Gopinathan
BENDAHARI : Pn. M.Ananda Kitha
JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi Majlis : En. K.Kathiravan
Doa & Siaran Waris : Pn.K.Thamayanthi
Buku Program : Pn. V.Selvi
Cik. S.Suryakala
Pn. M.Saraspathi
Hadiah & Cenderamata : Pn.A.Sagaya Mary
Pn.R.Saralah
Pn. M.Valliamah
Pn. L.K.Hema Rani
Dokumentasi : Pn.Che ku Nor Azizah bt Che ku Hassan
Penyediaan Tempat : En.S.Gopinathan
Pn.M.Kalaivani
Pn.D.Jaya
Pn.M.Ananda Kita
Sunday, September 28, 2014
Thursday, September 4, 2014
Program Kecemerlangan UPSR di bawah Program Transformasi Pendidikan Daerah (DTP)
Program Kecemerlangan UPSR Sekolah-sekolah Rendah Kompleks Pendidikan di bawah Program Transformasi Pendidikan Daerah (DTP) telah diadakan pada 27 Ogos 2014 bertempat di SK HJ Mohd Shariff.
Program ini melibatkan empat buah sekolah dalam Kompleks Pendidikan iaitu SK Hj Mohd Shariff, SK tunku Abdul Halim, SJK(T) Barathy dan SJK(C) Keat Hwa S. Melalui program pada pagi ini, penglibatan dan sentuhan Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah dengan calon-calon UPSR 2014 Pemaufakatan Kompleks akan menjadi dorongan dan galakan yang boleh melonjakkan kecemerlangan yang diimpikan.
Antara objektif program ini adalah :
1. dapat memberi motivasi diri secara luaran dan dalam kepada murid-murid.
2. meningkatkan keyakinan diri sebelum dan semasa menghadapi peperiksaan UPSR sebenar.
3. meningkatkan dan mengekalkan kualiti prestasi calon-calon UPSR.
33 orang murid SJK(T) Barathy terlibat dalam program ini. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tengah hari. Tuan Pengarah JPN Kedah Yang Berbahagia Datin Hajah Azuyah Hassan telah menyampaikan ucap utama Transformasi Minda ke Arah Kecermalangan.

Tuan Pengarah sedang menyampaikan ucapan |
33 orang murid SJK(T) Barathy terlibat dalam program ini. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tengah hari. Tuan Pengarah JPN Kedah Yang Berbahagia Datin Hajah Azuyah Hassan telah menyampaikan ucap utama Transformasi Minda ke Arah Kecermalangan.
Guru-guru Tahun Enam bergambar bersama Tuan Pengarah |
Subscribe to:
Posts (Atom)