Pada minggu ini juga berlangsung Pra Ujian bagi murid-murid PROTIM. Pra Ujian ini merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Murid-murid yang terlibat adalah murid Tahun Empat dan Tahun Lima. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, seramai 14 orang murid Tahun Empat telah dipilih untuk menjalani ujian ini manakala bagi murid tahun lima adalah seramai 10 orang.
Monday, February 28, 2011
Wednesday, February 23, 2011
Minggu Ujian Siri Satu
Thursday, February 17, 2011
Perpindahan Guru
Encik Elanggo (berkemeja putih) bersama-sama guru-guru SJK(T) Barathy semasa sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran JPN Kedah.
SJK(T) Barathy sekali lagi kehilangan seorang guru. Berkuatkuasa awal Februari yang lalu Guru Penolong Kanan Kurikulum, Encik Elanggo telah berpindah ke sekolah baharu. Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar di SJK(T) Padang Lembu, Gurun. Sesungguhnya kami di SJK(T) Barathy begitu merasa kehilangan seorang guru yang sungguh berdedikasi dan kaya dengan budi bahasa. Semoga kecemerlangan beliau akan diteruskan di sekolah baharu. Kami di SJK(T) akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Cikgu Elanggo.
Pogram Pemantapan Penguasaan Bahasa Inggeris
Bagi memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris di negara ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil beberapa langkah. Antaranya dengan pengambilan guru bersara dan guru dari luar negara. Guru-guru ini yang akan ditempatkan di sekolah-sekolah yang terpilih . SJK(T) juga telah mendapat khidmat seorang guru dari luar negara bagi membantu guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah ini. Guru berkenaan ialah Madam Brentia Vd Merwe dari Afrika Selatan.
Wednesday, February 9, 2011
Latihan Sukan Tahun 2011
Tuesday, February 1, 2011
Latihan Kebakaran
Satu latihan kebakaran kali pertama pada sesi persekolahan 2011 telah dijalankan pada 31 Januari , jam 11.3 pagi.
Antara objektif latihan kebakaran ini adalah :
1. Murid menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran.
2. Murid dapat sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan kebakaran.
3. Murid dapat mengikuti laluan yang betul untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)